Bekas inspektor sebar artikel fitnah D7 JSJ Bukit Aman ditangkap

April 17, 2021 · Isu semasa

Polis menangkap seorang bekas inspektor yang disyaki terbabit menyebar satu artikel yang memfitnah beberapa pegawai Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.

Pengarah JSJ, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki itu ditangkap dalam serbuan di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah kira-kira jam 11.24 malam semalam.

Katanya, polis turut merampas barangan seperti komputer riba, telefon bimbit, pemacu dan kad sim yang semuanya dihantar ke makmal forensik polis untuk dianalisis.

“Suspek yang ditangkap merupakan bekas pegawai polis berpangkat inspektor berumur 33 tahun yang telah dijatuhkan hukuman pengawasan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ).

“Suspek dipercayai bertindak demikian kerana marah, tidak puas hati dan dendam terhadap pasukan siasatan yang mengambil tindakan terhadapnya sehingga diberhentikan kerja dan dikenakan hukuman pengawasan dua tahun di Alor Setar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Huzir berkata, dalam tempoh dua minggu pihak polis terkesan dengan satu artikel berbentuk laporan yang tular di media sosial dengan tajuk ‘Maklumat kumpulan kartel Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang terlibat dengan salah guna kuasa, melindungi, bersubahat, bersekongkol dan menerima rasuah daripada pelbagai sindiket jenayah terancang‘.

Katanya, penularan laporan itu telah dibuat secara meluas dan telah menimbulkan keraguan serta kegusaran kepada masyarakat kerana salah laku itu dikatakan membabitkan pegawai polis Bukit Aman.

“Siasatan mendapati laporan yang ditularkan itu merupakan satu tohmahan yang sangat serius,” katanya.

Beliau berkata, empat pegawai polis yang ditohmah itu juga telah membuat laporan dan kertas siasatan dibuka.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Huzir.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok