Permit sekolah memandu boleh dibatalkan jika pemegang lesen banyak kemalangan

January 30, 2022 · Isu semasa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membatalkan atau menggantung permit institut memandu (IM) sekiranya ramai pemegang lesen yang dilatih mereka didapati melakukan kesalahan trafik dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata langkah itu akan dilaksanakan dengan meletakkan kod pada lesen yang dikeluarkan ini bagi mengesan daripada institut memandu mana pesalah trafik itu menerima latihan, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kaedah itu masih dalam peringkat cadangan dan dijangka disenaraikan di bawah sistem e-Testing yang bermula di seluruh negara April tahun ini.

“Kita akan buat satu jejak audit apakah kesilapan atau apa-apa yang tidak betul sama ada infrastruktur yang tidak lengkap atau apakah sebab hingga disaman dan dibuat dalam konsep pendigitalan JPJ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Kursus Pensijilan Pengajar Institut Memandu (SPIM) Baharu dan Kursus Pensijilan Pengajar Institut Memandu (SPIM) di Akademi Memandu Anda Sdn Bhd, Melor, Kota Bharu hari ini.

Turut hadir Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Muhammad Kifli Ma Hassan, Pemangku Pengarah JPJ Kelantan Nik Azahan Ab Hadi dan Pengarah Urusan Akademi Memandu Anda Sdn Bhd, Kamaruddin Hassan.

Mengulas lanjut Zailani berkata berdasarkan rekod sedia ada terdapat 10,569 pengajar SPIM di Malaysia disijilkan selari dengan Kaedah 11 (4) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Sekolah Memandu) 1992.

“Walau bagaimanapun terdapat lebih kurang 1,779 permohonan tertunggak yang masih belum diselesaikan akibat daripada sekatan aktiviti program seperti pelaksanaan kursus, seminar, bengkel, latihan dan ceramah yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan statistik yang direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia dan JPJ sebanyak 80 peratus punca kemalangan jalan raya adalah sebabkan faktor kecuaian oleh manusia.

Katanya, kebanyakan yang terlibat dalam kemalangan adalah motosikal iaitu lebih 60 peratus.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023· Politik
Mengapa DAP kini senyap? kata bekas Ahli Parlimen berhubung isu Lynas
May 10, 2023· Politik
MCA tanya mana hilang suara kumpulan Anti-Lynas hilang selepas lesen dilanjutkan?
May 9, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok