Lebih 11.11 juta terima dos penggalak hingga semalam

January 26, 2022 · Isu semasa

Seramai 11,119,363 atau 34.0 peratus individu, khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta petugas barisan hadapan, telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 masing-masing sehingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam makluman menerusi laman Covidnow yang dikemas kini pagi ini berkata semalam sahaja sebanyak 208,377 dos penggalak diberikan.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu hingga semalam, seramai 22,918,854 atau 97.9 peratus individu dewasa telah lengkap divaksin.

Seramai 23,196,650 atau 99.1 peratus lagi individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sementara itu, lebih 5.64 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun juga telah menerima vaksin Covid-19 sejak PICK Remaja dilancarkan 8 September tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 2,783,457 atau 88.4 peratus remaja melengkapkan suntikan dos masing-masing, manakala 2,865,416 atau 91.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya, 25,702,311 atau 78.7 peratus populasi negara telah lengkap divaksinasi, sementara 26,062,066 atau 79.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok