12 kluster baharu pendidikan dikesan

January 24, 2022 · Isu semasa

Dua belas daripada 13 kluster baharu Covid-19 yang dikesan semalam melibatkan kategori pendidikan, manakala satu lagi berkaitan tempat kerja, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Kluster pendidikan itu dikesan di Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak, Pahang, dan Pulau Pinang, menurut laman sesawang Covidnow kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.

Lima daripada kluster berkaitan pendidikan itu dikesan di Kelantan melibatkan 44 kes positif Covid-19. Kluster berkenaan ialah:

  • Kluster Kampung Perol di Kota Bharu – 11 kes;
  • Kluster Jalan Utama Bandar Chiku, Gua Musang – lapan kes;
  • Kluster Jalan Masjid Pasir Mas – lima kes;
  • Kluster Kampung Bunut Sarang Burung 2, Tumpat – 15 kes; dan
  • Kluster Jalan Pulai Gua Musang – lima kes.

Selangor pula merekodkan dua kluster pendidikan iaitu masing-masing Kluster Cahaya Seksyen 11 Petaling Jaya sebanyak 12 kes, dan Kluster Jalan Semenyih Asa Jaya, Hulu Langat (14 kes).

Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, dan Pulau Pinang masing-masing mencatat satu kluster pendidikan.

Kluster Jalan Pintas Teluk Kemang membabitkan 34 kes merebak di tiga daerah iaitu Rembau, Port Dickson serta Seremban, manakala Kluster Persiaran Sri Bendahara, Segamat, Johor melibatkan 42 kes.

Kluster Jalan Sultan Ahmaddin Shah di Perak Tengah mencatat 10 kes, diikuti Kluster Jalan Medang, Bentong, Pahang (41 kes), dan Kluster Permatang Binjai, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (tujuh kes).

Sehingga semalam, sebanyak 235 kluster daripada 6,306 yang dilaporkan sejak awal 2020 lalu, masih aktif manakala selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok