Wanita punca beberapa premis di Ipoh tutup dikuarantin di KL

April 15, 2021 · Isu semasa

Seorang wanita warga China pemegang visa Malaysia My Second Home (MM2H) yang dikatakan menyebabkan beberapa premis di Ipoh ditutup setelah dia disahkan positif Covid-19, kini sedang dikuarantin di ibu negara.

Memetik laporan Bernama hari ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, semakan mendapati wanita itu juga bukan seorang model seperti dikatakan tetapi merupakan peniaga.

Katanya, wanita itu memiliki permit rentas negeri yang dikeluarkan oleh sebuah balai polis di Kuala Lumpur untuk tujuan rasmi ke Ipoh dari 9 April hingga hari ini namun telah menjalani ujian PCR di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh pada 10 April dan menerima keputusan positif Covid-19 keesokannya.

“Sebaik sahaja menerima keputusan ujian, beliau telah pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur tanpa singgah di tempat lain dan secara proaktif menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai keputusan positif Covid-19 dan kini berada di bawah perintah kuarantin,” katanya.

Asmadi berkata, kes disiasat oleh Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur dan hingga kini Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta tidak menerima makluman berkaitan kontak kepada wanita itu di Ipoh serta tiada kes melibatkan pesakit positif COVID-19 untuk dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun, katanya premis-premis yang pernah dilanggani oleh wanita berkenaan telah dilawati oleh PKD Kinta dan dihubungi untuk pihak syarikat menjalankan sanitasi masing-masing.

“Siasatan masih dijalankan oleh pihak KKM dan tindakan ke atasnya berpandu fakta kes yang sebenar sama ada wujud kesalahan,” katanya.

Terdahulu, akhbar tempatan berbahasa Cina melaporkan wanita itu menerusi laman Instagramnya membuat permohonan maaf kerana tidak menjalani proses kuarantin sebelum disahkan positif Covid-19.

Wanita itu yang dikatakan berasal dari China dan bekerja di Malaysia telah pulang ke Ipoh selepas pulang dari tempat lain pada 9 April dan menjalani ujian saringan Covid-19 apabila dikatakan ada membuat kontak rapat dengan individu dijangkiti Covid-19 namun tidak menjalani kuarantin kendiri.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
4 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok