Tiada salah staf TH Hotel pakai songkok atau kopiah: Idris

January 17, 2022 · Isu semasa

Bukan satu kesalahan untuk mana-mana staf Tabung Haji untuk memakai songkok atau kopiah semasa bertugas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

Isu pemakaian songkok dan kopiah timbul susulan isu kakitangan TH Hotel Kelana Jaya (THKJ) yang mendakwa dilarang memakai songkok dan kopiah ketika bertugas.

Justeru, katanya, beliau sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, semalam, dan meminta perkara itu diselesaikan dengan segera.

“Tiada masalah sebenarnya (memakai songkok dan kopiah ketika bertugas) asalkan bersih, kemas, selamat, tertib, menutup aurat dan seragam.

“Saya meminta CEO TH segera menyelesaikan isu ini,” katanya dalam satu hantaran melalui Facebook semalam.

Beliau mengulas satu memorandum bertarikh 14 Januari lalu dikeluarkan pihak pengurusan THKJ, yang antara lain meminta semua kakitangan hotel itu untuk tidak memakai songkok atau kopiah ketika bertugas, kecuali sewaktu menunaikan solat.

Memorandum itu yang turut dikongsikan Idris melalui Facebook, ditandatangani oleh Pengurus Hotel THKJ, Mohamad Nazrul Nazib Nasihin.

Ketika mendapatkan penjelasan daripada Amrin berhubung memorandum terbabit, Idris berkata, beliau dimaklumkan bahawa ia dikeluarkan tanpa maklum balas daripada pihak pengurusan TH terlebih dahulu.

“Lepas balik dari solat isyak, saya mendapat maklumat mengenai memorandum THKJ. Terus hubungi CEO TH.

“Ini maklum balas CEO kepada saya. Memo dikeluarkan oleh Pengurus Hotel tanpa maklum balas (pengurusan TH),” katanya.

Berita berkaitan
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok