PRN Johor, Amiruddin bidas UMNO semakin bongkak tak hirau rakyat

January 16, 2022 · Politik

Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan UMNO semakin bongkak dan tidak lagi menghiraukan kesusahan rakyat apabila mahu meneruskan usaha mengadakan pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor itu berkata tindakan UMNO yang tergesa-gesa mahu mengadakan PRN ketika rakyat masih dalam kesempitan hidup sebagai tidak wajar, malah negara baharu berdepan cabaran pandemik Covid-19 dan bencana banjir baru-baru ini.

“Sebelum ini, timbul cerita dan khabar PRN yang tak pasti kesahihannya. Sebagai parti politik, kita kena bersiap sedia supaya tidak terperangkap dalam situasi tak sepatutnya walaupun secara asasnya keadaan tidak begitu sesuai untuk diadakan PRN.

“Saya tahu ini disebabkan pergolakan dalaman yang tak ada kena mengena dengan kita dan beranggapan langkah ini (mengadakan PRN) tidak wajar di saat masih berada dalam keadaan pandemik dan baru selesai diuji bencana banjir.

“Ini adalah permainan politik mereka yang mahukan supaya PRN diadakan. Tak pasti sejauh mana ia betul (PRN diadakan), PKR Negeri Johor dan Pusat perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Amirudin juga senada dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju sekiranya PRN Johor diadakan dalam masa terdekat ini kerana ia melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak disamping jumlah pengundi yang rendah dan kaedah kempen yang terhad akan mengekang pergerakan calon nanti.

“Saya berpaksikan kepada pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu iaitu tak sesuai PRU diadakan dalam masa terdekat, pandangan itu dikongsi dalam konteks PRN.

“Ini kerana ia akan menelan belanja yang besar, tidak berjalan dalam suasana kondusif, kehadiran keluar mengundi yang rendah, kaedah kempen yang terhad serta berlaku proses tidak menggalakkan dalam suasana demokratik,” ujarnya lagi.

Katanya, semua parti politik perlu duduk semeja berbincang mengenai perkara ini demi kepentingan semua pihak.

“Mentang-mentang sekarang ini mungkin (sokongan) berpihak kepada sesuatu pihak, jadi mereka nak ambil tindakan. Mereka perlu Adil dan gentleman dalam berpolitik ini,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok