Kematian naik sedikit kepada 19 kes

January 16, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam naik sedikit berbanding beberapa hari lalu, namun kekal dua digit, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Statistik laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi, menunjukkan sebanyak 19 kematian dilaporkan semalam, termasuk enam kes ’brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 31,781 kes, termasuk 6,415 kes BID.

Dari segi kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia menduduki tangga keempat selepas Indonesia di tempat teratas, diikuti Filipina, dan Vietnam.

Daripada lapan negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat kes kematian semalam, Selangor merekodkan lima kes, menjadikan kumulatif pesakit Covid-19 di negeri itu yang meninggal dunia sejak 2020 seramai 10,015 mangsa.

Selangor yang menjadi negeri ’hotspots’ Covid-19 di negara ini sehingga semalam merekodkan 798,873 kumulatif kes positif, dengan 778,173 pesakit telah sembuh, dan 10,685 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 8,768 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,193 ditempatkan di PKRC; 692 dimasukkan ke hospital; dan 32 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Perak dan Sabah mencatat tiga kes kematian, diikuti masing-masing dua di Johor, Pulau Pinang serta Terengganu; dan masing-masing satu kes di Melaka serta Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Kalantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga kini, negara mencatat 2,805,337 kumulatif kes positif, termasuk 12,989 kes import. Daripada jumlah kumulatif positif itu 97.4 peratus atau 2,732,771 pesakit telah sembuh dan 40,785 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 33,214 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,100 ditempatkan di PKRC; 3,278 dimasukkan ke hospital; dan 193 pesakit dirawat di ICU dengan 90 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok