Kemuka penyata akaun palsu, 25 syarikat disiasat SPRM

January 12, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 25 buah syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes mengemukakan penyata akaun bank yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di Kedah antara 2018 dan 2019.

Laporan Bernama mendedahkan menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesemua syarikat itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bagi melayakkan mereka mendapatkan kontrak bernilai lebih RM60 juta daripada syarikat pembersihan itu.

Katanya, setakat ini SPRM telah menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat di Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah, di sini pada kelmarin dan semalam.

“Pihak SPRM masih mencari lagi pihak terbabit dengan ada antara mereka yang dikenal pasti sudah menukar alamat,” katanya hari ini.

Hari ini dua lagi individu yang ditahan itu dikenakan reman selama enam hari bermula hari ini selepas Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar Eliana Ismail membenarkan permohonan SPRM ke atas kedua-dua mereka yang berumur 37 dan 51 tahun.

Katanya, sehingga kini jumlah yang direman ialah 17 orang termasuk 15 individu yang direman antara tiga dan lima hari mulai semalam, manakala lapan lagi yang ditahan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kesemua mereka yang terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri itu berusia antara 31 hingga 77 tahun.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok