Jawatankuasa Pilihan Khas bermesyuarat minggu depan bincang isu bos SPRM

January 12, 2022 · Isu semasa

Satu mesyuarat akan diadakan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri bagi meneliti kontroversi yang menjadi modal blok pembangkang menyerang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Mesyuarat tersebut dipanggil menerusi satu satu pekeliling bertarikh 11 Januari 2022 (hari ini) kepada sembilan Ahli Parlimen (MP) yang menganggotai jawatankuasa itu, memaklumkan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada Rabu depan jam 2 petang.

Dalam pekeliling tersebut, Setiausaha Dewan Rakyat Dr Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan bagi 2022 akan berlangsung di Bilik Jawatankuasa 2, Aras 2, Bangunan Blok Utama Parlimen.

“Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu pemilikan saham syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam pekeliling itu yang mula diterima ahli jawatankuasa berkenaan hari ini.

Nizam Mydin dalam pekeliling itu turut meminta semua ahli jawatankuasa berkenaan untuk menjalani ujian kendiri Covid-19 menggunakan kaedah RTK Ag Saliva di Klinik Parlimen pada 19 Januari sebelum menghadiri mesyuarat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat juga dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Parlimen Malaysia ketika berada di Kompleks Parlimen,” katanya.

Surat pekeliling jemputan mesyuarat itu dimuat naik oleh MP Kota Kinabalu daripada DAP, Chan Foong Hin, dalam Facebook.

Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri dipengerusikan oleh MP Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Selain Foong Hin, ia turut dianggotai MP Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO); MP Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO); MP Baram, Anyi Ngau (Gabungan Parti Sarawk); dan MP Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS).

Seterusnya, MP Selayang, William Leong Jee Keen (PKR); MP Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP); dan MP Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan).

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok