Saksi kes 1MDB nafi dipaksa beri keterangan terhadap Najib

January 5, 2022 · Isu semasa

Tidak ada paksaan diberikan terhadap bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Azmi Tahir bagi memberikan keterangan melibatkan kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

Azmi memberitahu dalam Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan salahguna kuasa dan pengubahan wang haram hari ini menafikan menafikan namanya dikeluarkan daripada tuntutan mahkamah kerana beliau akan memberi keterangan yang boleh mensabitkan Najib.

Azmi, yang memegang jawatan CFO dari 2012 hingga 2017, berkata beliau hanya dipanggil polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkodkan kenyataannya.

Beliau dipanggil untuk membantu siasatan polis dan SPRM dari 2015, tetapi “tidak tahu mengapa tiada tuduhan terhadap saya”, katanya menurut laporan BH.

“Bekas Ketua Pegawai Eksekutif saya (Mohd Hazem Abdul Rahman dan Shahrol Azral Ibrahim Halmi) dan pengarah juga tidak didakwa,” kata Azmi menjawab soalan peguam Najib, Hariharan Tara Singh.

Pihak pembelaan menyoal Azmi sama ada tuduhan jenayah telah difailkan terhadapnya, sambil menyatakan bahawa beberapa bekas kakitangan 1MDB, termasuk peguam am Loo Ai Swan serta eksekutif Tang Keng Chee dan Geh Choh Heng, didakwa secara “in absentia”.

Hariharan berkata, Geh, timbalan Azmi, didakwa atas tuduhan pecah amanah jenayah (CBT) berhubung pemindahan USD125 juta kepada Good Star, sebuah syarikat yang dikawal oleh ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.

Low dan pembantunya, Tan Kim Loong, turut didakwa.

“Adakah anda mengetahui butiran tuduhan Terence (Geh)?” tanya Hariharan.

Azmi menjawab: “Saya tidak tahu secara spesifik tuduhan itu dan tidak boleh memberi komen.”

Hariharan kemudian cuba bertanya kepada Azmi mengenai tuduhan pengubahan wang haram Low, tetapi Hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah mencelah dengan berkata, Azmi tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai tuduhan itu.

Azmi berkata, beliau hanya membaca dalam laporan media bahawa 1MDB telah memfailkan saman terhadapnya dan beberapa individu lain tahun lepas.

“Saya tidak pernah menerima salinan tuntutan mahkamah,” katanya.

Dalam tuntutan itu, kerajaan, melalui 1MDB dan anak syarikatnya, mendakwa beberapa individu melakukan salah nyata ‘fraud’, pelanggaran tugas, pelanggaran kewajiban berkanun dan pengayaan tak patut.

Pada mulanya Azmi, Hazem, Shahrol, bekas pengarah Che Lodin Wok Kamaruddin, Ismee Ismail, Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram serta Najib, Loo, Tang, Geh, Vincent Koh Beng Huat, Nik Faisal Ariff Kamil, Kelvin Tan dan Radhi Mohamad dinamakan sebagai defendan.

Bagaimanapun, Azmi serta bekas CEO dan pengarah digugurkan daripada tuntutan itu.

Hariharan: Bolehkah anda mengesahkan bahawa 1MDB pada mulanya mahu menuntut lebih USD3.5 bilion daripada anda dan yang lain?

Azmi: Ya, seperti yang dinyatakan dalam dokumen mahkamah.

Hariharan: Saya tegaskan bahawa nama anda dikeluarkan kerana anda akan memberi keterangan yang boleh mensabitkan Datuk Seri (Najib)?

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok