57,701,169 dos vaksin Covid-19 diberikan dalam tempoh 310 hari

January 1, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 97.6 peratus atau 22,858,818 individu dewasa telah lengkap menerima vaksin Covid-19 sehingga semalam, tatkala ancaman varian baharu Omicron semakin meningkat, khususnya melibatkan individu yang pulang dari luar negara.

Seramai 23,151,193 atau 98.8 peratus individu dewasa pula menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, manakala 6,287,197 atau 26.9 peratus lagi menerima dos penggalak.

Wabak Covid-19 yang bermula di Wilayah Wuhan, China pada akhir 2019 lalu, mula menular di Malaysia daripada seorang rakyat Malaysia dan beberapa pelancong China pada Februari 2020 yang dilaporkan di Selangor.

Permulaan penularannya hanya rawatan biasa di hospital dilakukan, sehinggalah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu, membuat keputusan memberi vaksin dalam usaha untuk melindungi rakyat negara ini daripada ancaman wabak Covid-19.

Beliau kemudian melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 bagi individu berusia 18 tahun ke atas dengan keutamaan diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

Pada 8 September 2021, PICK Remaja bagi mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun pula dilancarkan, dan sehingga semalam seramai 2,755,977 atau 87.6 peratus populasi remaja di negara ini, telah lengkap divaksinasi.

Sebanyak 90.5 peratus atau 2,847,527 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, menjadikan keseluruhannya seramai 5,603,504 remaja mendapat perlindungan daripada ancaman virus berkenaan.

Keseluruhannya sebanyak 57,701,169 dos telah diberikan sejak Februari 2021 hingga semalam, dengan 25,614,795 atau 78.4 peratus penduduk Malaysia telah lengkap divaksinasi, dan 25,998,720 atau 79.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis
January 23, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
Elak keracunan makanan di Aidilfitri
April 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok