Zahid dakwa penyebaran artikel ‘amanat’ adalah fitnah palsu

April 14, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa bukan beliau yang menulis ‘Amanat Ahmad Zahid Hamidi untuk semua ahli UMNO’ seperti yang tersebar dalam media sosial sejak malam tadi.

Beliau turut mendakwa tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menulis ‘amanat’ berhubung perancangan parti Bersatu untuk terus berkuasa.

“Telah tersebar sebuah artikel yang begitu panjang lebar kononnya saya sebagai Presiden UMNO memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan PPBM untuk terus berkuasa.

“Artikel itu juga menyebut bahawa pelbagai serangan telah diberikan ke atas saya, tindakan Ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah, PRU-15 serta pelbagai intipati lain,” dakwa Zahid menerusi kenyataan disiarkan dalam laman Facebook rasminya.

Zahid juga mendakwa pelbagai fitnah dilemparkan kepadanya setiap hari oleh pihak yang berusaha memporak-perandakan keadaan dalam UMNO serta memburuk-burukkan parti itu.

Antara lain tulisan yang dinafikan Zahid itu mengatakan serangan politik 2021 Covid 2.0 kepada UMNO dan beliau adalah pengkhianatan ahli, penyalahgunaan kuasa mahkamah, rasuah, politik wang dan intipan untuk agenda politik.

Tulisan itu juga menuduh mahkamah dipergunakan untuk mengenakan tekanan terhadap pemimpin UMNO yang enggan menyertai Bersatu atau membubarkan UMNO.

Zahid baru-baru ini mencetuskan kontroversi dalaman UMNO apabila klip audio mirip suaranya berbual dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung Mac lalu, tersebar.

Dalam perbualan itu Zahid menjelaskan kepada Anwar berhubung ucapannya ketika PAU itu hanyalah sebahagian daripada strategi. Pada penghujung perbualan, Anwar turut mengingatkan Zahid mengenai langkah selanjutnya yang perlu dilakukan segera.

“Cuma now tak habis kita ada sikit lagi tu nak kena… because kalau kata la you dapat ni…. maknanya dia kena emergency MT tau,” kata Anwar.

Zahid dan Anwar kemudian mendakwa itu bukan perbualan mereka dan mengarahkan pegawai mereka membuat laporan polis, namun sehingga sekarang tiada aduan atau laporan dibuat.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok