Ringgit susut berbanding dolar

December 29, 2021 · Isu semasa

Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal pada Rabu, di tengah-tengah data bercampur-campur di AS dan pembetulan teknikal membabitkan pasaran penanda aras utamanya, kata penganalisis.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1800/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1785/1830 pada akhir dagangan semalam, lapor Bernama.

Sehubungan itu, prestasi ringgit berbanding dolar AS dijangka mengalami pembetulan teknikal hari ini berikutan peningkatan unit tempatan berkenaan sejak beberapa hari lepas, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

“Pasaran agak suram berikutan tiada banyak pergerakan di pasaran walaupun perkembangan membabitkan varian Omicron Covid-19 itu agak menggalakkan,” katanya.

Pada masa ini, beliau menjangkakan paras rintangan dan sokongan terhadap unit tempatan itu berada pada sekitar RM4.1862 dan RM4.1498.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6158/6199 daripada 5.6188/6249 pada akhir dagangan Selasa dan naik berbanding euro kepada 4.7280/7314 daripada 4.7355/7406.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.6402/6431 daripada 3.6401/6444 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0865/0889 daripada 3.0860/0898, sebelum ini.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok