Banjir: Bersatu sumbang RM1 juta lagi, gesa kerajaan bayar wang saguhati segera

December 28, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM1 juta lagi disumbang parti Bersatu bagi membantu mangsa bencana banjir selepas berjaya mendapatkan dana tambahan daripada penderma yang bermurah hati menghulurkan bantuan untuk meringankan beban orang ramai yang terjejas.

Bantuan RM1 juta itu merupakan tambahan kepada dana awal yang sebelum ini diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik bencana banjir melanda negara dan kini semua sukarelawan parti dan Perikatan Nasional (PN) sudah turun ke lapangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Tabung Bencana Banjir Bersatu yang berjumlah RM1 juta sepertimana yang diumumkan pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU telah digunakan untuk tujuan membantu mangsa-mangsa banjir termasuk membeli peralatan pembersihan dan barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“Melihat kepada keperluan mangsa banjir yang amat terdesak, saya telah berjaya mendapat dana tambahan RM1 juta lagi hasil sumbangan beberapa dermawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin turun melawat keadaan banjir di Hulu Langat dan meninjau para sukarelawan PN yang bertungkus-lumus membersihkan kediaman orang ramai yang terkena banjir.

“Hari ini saya berkesempatan menyertai misi bantuan pasca banjir Skuad Prihatin Bersatu di Kampung Jawa dan Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

“Skuad Prihatin Bersatu ini telah ditubuhkan sejurus banjir besar melanda negara pada 19 Disember lalu dan pada masa ini sedang giat membantu mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang ditimpa bencana ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengumumkan penempatan sementara kepada dua keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan menemui pengusaha bengkel yang dilanda banjir.

“Saya telah meluluskan bantuan segera dua kontena sebagai penempatan sementara untuk dua keluarga yang telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Hulu Langat.

“Pegawai Daerah Hulu Langat yang turut hadir juga mengumumkan bantuan kerajaan bagi pembinaan semula sebuah rumah kampung yang musnah. Saya juga telah menyampaikan bantuan segera berupa barangan makanan, pakaian, peralatan dapur dan barangan keperluan harian lain kepada beberapa keluarga yang saya lawati.

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan dua pengusaha bengkel yang mana peralatan bengkel mereka rosak akibat banjir. Insya-Allah, pihak Bersatu juga akan menghulurkan bantuan kepada dua pengusaha ini agar mereka dapat kembali beroperasi semula,” katanya lagi.

Turut serta dalam misi bantuan di Hulu Langat hari ini para sukarelawan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (TSMCGF) dan Bersatu Bahagian Hulu Langat.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga menggesa supaya kerajaan membayar segera wang saguhati kepada mangsa banjir untuk meringankan beban mereka.

“Saya juga berharap pembayaran wang saguhati kepada mangsa banjir seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan dapat disalurkan dengan segera bagi meringankan beban mereka.

“Bantuan dari segi kesihatan dan psikologi juga perlu disediakan bagi membantu trauma yang dihadapi oleh mereka yang telah kehilangan harta benda dan ada juga yang kehilangan ahli keluarga,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok