Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

December 28, 2021 · Isu semasa

Ringgit menokok berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka hari ini meskipun mata wang AS itu mengukuh susulan peningkatan Indeks Dolar yang naik 0.07 peratus kepada 96.085 mata, di tengah-tengah mudah tunai yang tipis di pasaran, menurut penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.1810/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1815/1850 sewaktu ditutup pada Isnin, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS turut menyaksikan peningkatan berbanding euro, yen Jepun dan pound Britain.

“Prestasi aset-aset berisiko seperti ekuiti adalah baik dengan indeks petunjuk pasaran seperti Purata Perindustrian Dow Jones, S&P500 dan NASDAQ kesemuanya menokok selepas cuti Krismas, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang luas,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata dari segi komoditi, minyak mentah Brent naik 3.68 peratus kepada AS$78.94 setong.

“Berdasarkan situasi ini, ringgit diihat agak konstruktif,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam menjangka unit domestik akan didagangkan dalam jajaran kecil selepas mata wang itu melepasi paras sokongan serta-merta pada RM4.1862 semalam.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal berada pada sekitar RM4.1800 hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan paling rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun yang meningkat kepada 3.6388/6417 daripada 3.6462/6496 sewaktu ditutup pada Selasa.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6184/6225 daripada 5.6040/6087 semalam, susut berbanding euro kepada 4.7371/7405 daripada 4.7284/7324, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0838/0865 daripada 3.0789/0820 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok