Muhyiddin ucap takziah atas pemergian Osman Sapian, kehilangan besar

December 22, 2021 · Isu semasa

Pemergian Datuk Osman Sapian satu kehilangan buat Johor dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Melahirkan rasa dukacita dan terkejut atas berita itu, Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu turut menzahirkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka bersabar dalam berhadapan dengan saat-saat yang menyedihkan ini, lapor Bernama.

“Secara peribadi saya telah lama mengenali Allahyarham dan sama-sama aktif dalam politik di Johor terutama ketika penubuhan Bersatu beberapa tahun dahulu.

“Sepanjang saya mengenali Allahyarham, dia seorang yang kuat, kental, tabah dan tidak mudah mengaku kalah,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebagai sahabat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Muhyiddin turut merasa sayu atas kehilangan Osman, yang juga bekas Menteri Besar Johor.

“Tenanglah di sana sahabatku. Marilah sama-sama kita panjatkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Saya memohon kepada semua untuk sama-sama membaca dan sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham,” tambah bekas Perdana Menteri itu.

Osman, 70, meninggal di rumah anak lelakinya di Damansara, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, selepas zohor.

Pada 13 Okt lepas, Osman yang juga Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018, mulai 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok