Bencana banjir, warganet jangan bersikap ‘lebih sudu daripada kuah’

December 26, 2021 · Isu semasa

BENCANA banjir dahsyat yang berlaku beberapa hari lalu memperlihatkan ribuan penduduk di sekitar Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata selepas rumah mereka ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Lebih memilukan, ada antara mangsa yang terpaksa menunggu selama sehari sebelum diselamatkan oleh orang awam dan pihak berkuasa.

Ketika itu, muncul persoalan dalam kalangan warganet mengenai kesiapsiagaan dan kebertanggungjawaban pasukan penyelamat seperti bomba, tentera, polis dan pertahanan awam dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkandas atau terperangkap di lokasi banjir.

Ramai yang muat naik dalam status media sosial masing-masing tanpa mengambil kira perasaan pasukan penyelamat yang sanggup meninggalkan keluarga masing-masing dan membahayakan nyawa demi tuntutan tugas mereka menyelamatkan mangsa banjir.

Hakikatnya, orang ramai terlalu mudah untuk me­nulis dalam media sosial mengalahkan lidah untuk berbicara. Juga terlalu mudah mengarang ayat berban­ding menyusun perkataan untuk berkata-kata.

Dalam satu kajian lain, mengklasifikasikan Malaysia sebagai salah satu negara paling konservatif secara moral di dunia, namun masyarakat negara ini boleh menjadi pembuli yang kejam dalam alam siber.

Golongan ini digelar ‘keyboard warrior’, bersikap lantang ketika jari ‘mengetuk’ papan kekunci bagi menyampaikan pendapat dan hujah sehingga mengetepikan rasional serta adab yang membawa implikasi buruk.

Mereka turut mewujudkan beberapa istilah seperti ‘tentera bawang’ yang kononnya untuk memperjuangkan perkara yang mereka anggap betul, sedangkan tindakan itu sendiri tidak mencerminkan situasi sebenar.

Masyarakat juga harus faham, buli siber adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran atau perkongsian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr​. Hanafiah Bashirun berkata, perkara ini tidak harus dijadikan satu budaya kerana akan memberi impak negatif kepada masyarakat umum.

“Kita seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan kerana boleh menya­kitkan hati seseorang selain me­rosakkan hubungan antara satu sama lain.

“Saya berharap perkara ini tidak dijadikan budaya kerana bimbang akan menjadi ikutan selain menyebarkan perkara yang tidak dipastikan. Seharus­nya, kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang perkataan,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
5 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok