Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji: PM

April 13, 2021 · Isu semasa

 

Satu usaha perlu dirangka pada peringkat Kerajaan Persekutuan bagi menambah dana dan aset wakaf negara dengan menggalakkan penjawat awam berwakaf, terutama melalui potongan gaji.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu adalah empat perkara utama yang digariskan untuk memastikan instrumen wakaf dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan memainkan peranan menggalakkan pegawai dan kakitangan mereka berwakaf.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran bulan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan yang disiarkan melalui akaun Facebook rasminya hari ini.

Katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan dan negeri.

Selain itu, Muhyiddin berkata, pembangunan hartanah wakaf juga perlu dijadikan satu elemen penting dalam penyediaan pelan pembangunan setiap Rancangan Malaysia.

Dalam konteks itu katanya, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan badan korporat bersama-sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan majlis agama Islam negeri perlu mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan bagi mengoptimumkan penggunaan dan pembangunan aset-aset wakaf.

Perdana menteri turut mahu satu pelan pembudayaan wakaf yang holistik dan komprehensif dirangka di peringkat nasional dan negeri bagi mewujudkan masyarakat yang lebih celik wakaf.

Katanya, YWM perlu diperkasakan sama ada dalam bentuk suntikan dana atau pertambahan bakat supaya ia benar-benar dapat menjadi teladan pentadbiran wakaf yang terkedepan di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap melalui peranan institusi-institusi berkaitan wakaf di Malaysia, kita boleh menawarkan kepakaran serta model amalan terbaik kepada negara-negara Islam yang lain dalam usaha mengembalikan kegemilangan wakaf,” katanya.

“Begitu juga dengan institusi-institusi perbankan dan kewangan dalam membantu mempelbagaikan lagi platform berwakaf. Institusi-institusi kewangan Islam seharusnya menjadikan wakaf sebagai elemen yang menjadi nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan kewangan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok