“Saya tidak campur tangan urusan pertukaran pegawai polis”

April 12, 2021 · Isu semasa

Dakwaan kononnya wujud campur tangan dalam pertukaran pegawai kanan polis dinafikan keras Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak tepat dan menegaskan sebarang keputusan berhubung urusan pertukaran hanya diputuskan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

“Saya tidak pernah mencampuri urusan polis, saya minta maaflah kalau ada orang yang mengatakan saya mencampurinya.

“Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarkan adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadang-kadang menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Jelasnya lagi, sebarang keputusan yang diputuskan dalam SPP adalah berasaskan persetujuan majoriti bersama dan bukan dibuat oleh sebelah pihak sahaja.

“Jadi keputusannya adalah keputusan majoriti dan saya sentiasa ikut keputusan majoriti. Daripada saya buat keputusan sendiri, saya rasa elok semua pihak memahami bahawa SPP adalah suruhanjaya yang paling tinggi, kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri,” katanya.

Selain itu Hamzah berkata, adalah benar bahawa watikah pelantikan Ketua Polis Negara juga adalah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Hamzah berkata pada masa sama, SPP seharusnya diletakkan di tempat paling atas daripada Ketua Polis Negara, kerana segala keputusan polis dibuat dalam majlis itu (SPP) daripada (berbanding hanya) melibatkan seorang individu.

Sementara itu, ditanya mengenai pertemuannya bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Hamzah enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

Pada 10 April lepas, Abdul Hamid dilapor akan berjumpa Hamzah dalam masa terdekat untuk meneruskan semula pelaksanaan pertukaran pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok