Kes rasuah, pengubahan wang haram Abdul Azeez ditangguh

April 12, 2021 · Isu semasa

Pasukan pembelaan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berjaya dalam permohonan penangguhan prosiding perbicaraan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya hari ini.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan tersebut sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah menggunakan budi bicara untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen.

“Selepas mempertimbangkan hujahan pihak peguam dan mengambil kira pendakwaan juga tidak membantah permohonan itu, mahkamah dengan ini membenarkan permohonan pemohon (Abdul Azeez).

“Mahkamah juga menimbang prinsip undang-undang dalam satu permohonan untuk penggantungan prosiding (bicara). Di dalam kes ini, terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sehingga pelupusan dan penyelesaian rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Hakim Muhammad Jamil menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan kesemua 13 pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.

Abdul Azeez memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada hari sama (12 Mac) dan permohonan untuk menggantung prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini difailkan pada 8 April lepas.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez dalam hujahannya berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan sekiranya rayuan anak guamnya berjaya, ia menjimatkan masa dan kos Mahkamah Sesyen yang mendengar kes tersebut.

“Memandang pihak pendakwa tidak membantah permohonan penangguhan itu, menunjukkan bahawa mereka menghormati proses dinamik prosding dan tidak ada prasangka dalam kes ini,” katanya.

Pengurusan kes di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 8 Jun depan.

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed kemudian berkata pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tidak membantah terhadap permohonan itu.

Sementara itu, Adam ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata setakat ini seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos tahun lepas.

Abdul Azeez, 54, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok