Mat Hasan akui dakwaan PAS, UMNO tak mahu Bersatu dalam MN

December 5, 2021 · Politik

Dakwaan UMNO mengkhianati piagam perjanjian dalam Muafakat Nasional (MN) diakui kebenarannya oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad mengakui hanya mahu melihat kerjasama dengan parti Melayu dan Islam melibatkan UMNO dan PAS sahaja, parti-parti kecil yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu lain tidak dialu-alukan dalam kerjasama MN menyebabkan UMNO enggan menjemput mana-mana parti selain PAS sahaja.

“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.

“Justeru untuk memaksa UMNO menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” kata Mohamad yang mengakui dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Terdahulu, Hadi mendakwa punca PAS enggan bersama UMNO adalah kerana ia telah melanggar piagam MN apabila enggan menerima Bersatu bersama dalam gabungan itu.

Mohamad juga mendakwa UMNO bukan sahaja tidak menjemput Bersatu menyertai MN, malah parti-parti orang Melayu lain juga tidak dijemput atas alasan kononnya tidak serasi dengan kepentingan UMNO dan PAS.

“Piagam MN pula mestilah ditafsirkan selari dengan realiti politik semasa UMNO dan PAS. Kerana itu Umno tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Putra ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana Umno tidak mahu menyinggung PAS.

“PAS dan seluruh Malaysia telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agong UMNO memutuskan bahawa Umno tidak akan melakukan apa jua kerjasama dengan Bersatu. UMNO terikat dengan pendirian ini.

“Jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN,” katanya lagi.

Piagam MN dimerterai antara PAS dan UMNO semasa Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Disember 2019 ketika Bersatu masih sebahagian kerajaan dalam PH.

Bersatu kemudian meninggalkan PH dan memainkan peranan penting dalam ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kejatuhan kerajaan gabungan itu pada Feb 2020.

Bersatu seterusnya bersama pembangkang dan wakil rakyat yang lompat parti ketika itu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meskipun masih bersama MN yang dianggotai UMNO, PAS kini dilihat lebih cenderung kepada PN, seperti yang dapat dilihat pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.

Pada 2 Disember lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan status kerjasama UMNO dan PAS dalam MN akan ditentukan oleh 191 bahagian parti itu yang mula bersidang pada 18 Disember ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok