KKM siasat punca jangkitan kes indeks Omicron di Ipoh: Khairy

December 4, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat punca jangkitan kes indeks positif varian Omicron Covid-19 yang dikesan di Malaysia pada Khamis lalu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana kes indeks tersebut telah menjalani ujian saringan Covid-19 prapelepasan sebelum memasuki negara ini dari Singapura dan semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 November lalu.

“Kita tidak tahu (kes indeks) dijangkiti di mana dan nilai kitaran ambang (CT value) agak tinggi, maksudnya kalau CT value menghampiri 30 dia boleh dikatakan tidak berapa berjangkit, dekat nak habis jangkitannya.

“Jadi saintis kita sedang melihat apa sebenarnya yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Luka Global Asia Ketiga 2021 di sini, hari ini.

Menurutnya saringan kontak rapat bagi kes indeks berkenaan masih giat dijalankan dan setakat hari ini jumlah kontak rapat bagi kes tersebut kekal tujuh orang.

Ditanya mengenai laporan kajian di Afrika Selatan yang menyatakan Omicron tiga kali ganda berpotensi mengakibatkan jangkitan semula, Khairy berkata kerajaan perlu memantau perkara itu dan bergantung kepada data lebih jelas dari negara yang mempunyai kadar prevalen varian lebih tinggi.

Beliau yang memaklumkan maklumat itu akan diperoleh dalam tempoh satu atau dua minggu ini turut mengingatkan orang ramai supaya tidak panik, sebaliknya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mendapatkan vaksin terutama dos penggalak bagi kumpulan berisiko tinggi.

“Langkah kita adalah antara langkah paling ketat di seluruh dunia. Malaysia ada kadar vaksinasi tinggi, kita ada stok yang cukup untuk dos penggalak dan telah mengoptimumkan kapasiti sistem kesihatan awam sekiranya berlaku kemasukan hospital meningkat,” katanya.

Mengenai langkah mewajibkan dos penggalak vaksin berikutan varian baharu ini, Khairy berkata pihaknya akan mengumumkan keputusan berkaitan perkara tersebut pada minggu hadapan.

Beliau berkata sasaran 75 peratus individu lengkap vaksinasi menerima dos penggalak dijangka dicapai pada Mac 2022, memandangkan pemberian dos penggalak adalah mengikut sela masa tiga hingga enam bulan selepas lengkap dos vaksinasi.

“Kita dah ada vaksin tapi ia mengambil masa sedikit kerana sela masa tiga hingga enam bulan, melainkan kita pendekkan tempoh sela masa tersebut dan sudah pasti kumpulan kerja kita sedang melihat perkara itu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis
January 23, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
Elak keracunan makanan di Aidilfitri
April 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok