Gunung berapi tertinggi di Jawa meletus, ribuan penduduk pindah

December 4, 2021 · Dunia

Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang, Jawa Timur meletus pada jam 3.20 petang waktu Indonesia Barat, hari ini, menghembuskan debu setinggi kira-kira 40,000 kaki di udara.

Gunung berapi setinggi 3,676 meter itu mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh, menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada laporan kehilangan jiwa akibat letusan mengejut itu.

Video yang dikongsi oleh Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menunjukkan penduduk berlari ketika letusan dan debu menyelubungi beberapa kampung berhampiran di daerah Lumajang di wilayah Jawa Timur.

Letusan mengejut itu disertai ribut petir dan hujan, yang mendorong lahar dan serpihan membara dan membentuk lumpur tebal yang memusnahkan sekurang-kurangnya satu jambatan yang menghubungkan dua kampung utama Pronojiwo dan Candipuro, serta menghalang pemindahan, kata ketua daerah Lumajang Thoriqul Haq kepada TV Satu.

“Debu yang tebal menjadikan beberapa kampung dalam kegelapan,” kata Haq sambil menambah bahawa beberapa ratus orang telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara atau berlindung ke kawasan selamat yang lain.

Laporan televisyen menunjukkan orang ramai berlari panik di bawah awan dabu yang besar, muka mereka basah akibat hujan bercampur debu gunung berapi.

Gunung Berapi Semeru yang tertinggi di pulau paling padat penduduk di Indonesia, kali terakhir meletus pada Januari, tanpa melibatkan kemalangan jiwa.

Indonesia, sebuah kepulauan yang mempunyai lebih daripada 270 juta penduduk terdedah kepada gempa bumi dan aktiviti gunung berapi kerana ia terletak di sepanjang ‘Lingkaran Api Pasifik’, satu siri garisan sesar berbentuk ladam. Indonesia mempunyai kira-kira 128 gunung berapi aktif. – Agensi

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok