Enggan ditunggang Anwar, Amanah tolak cadangan bergabung dengan PKR

December 2, 2021 · Politik

Parti Amanah menolak sebarang cadangan penggabungan dengan PKR atas alasan tidak mahu jadi kuda tunggangan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penolakan ke arah sebarang usaha untuk menggabungkan itu disahkan Timbalan Presiden Amanah sendiri, Salahuddin Ayub yang dipetik dalam laporan media hari ini.

“Ya. Kalau ada (cadangan) baru boleh kita ambil kira dan bincang.

“Ini entah daripada mana datang saya pun tak tahu,” katanya dipetik laporan portal Malaysiakini.

Terdahulu, media semalam melaporkan Anwar berkata cadangan penggabungan itu sudah dikemukakan, namun belum dibincangkan tetapi tidak menolak sebarang usaha ke arah penggabungan tersebut.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Bagaimanapun, ketika ditanya berkaitan perkara itu, Salahuddin berkata dia tidak pasti jika Anwar menerima cadangan berkaitan daripada mana-mana pihak.

Penganalisis politik Wong Chin Huat sebelum ini mencadangkan penggabungan PKR-Amanah selepas PH kalah teruk semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Hujahnya, penggabungan itu akan menjadikan mereka parti terbesar dalam Dewan Rakyat, sekali gus menolak propaganda PH dikuasai DAP.

Untuk rekod, Amanah merupakan parti serpihan daripada PAS yang ditubuhkan pada September 2015 dan diketuai Presidennya, Mohamad Sabu.

Anwar dipersalahkan dalam PRN Melaka kerana keputusannya meletak calon ‘katak berprinsip’ sehingga mengundang kecaman rakan parti komponen PH, DAP dan Amanah.

Malah, akar umbi DAP dan Amanah juga sudah berani secara terbuka mendesak supaya Anwar berundur bagi digantikan dengan calon Ketua Pembangkang yang lebih berwibawa dan berkemampuan mengemudi gabungan parti pembangkang itu.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok