SPR akan bentang pindaan Undi18 selepas dapat perkenan Agong

December 2, 2021 · Isu semasa

Dua pindaan peraturan pilihan raya berkaitan kelayakan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik akan dibentang dalam masa terdekat di Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pindaan tersebut selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, kata Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Ikmalrudin dalam satu kenyataan, berkata ia membabitkan pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021.

“SPR ingin memaklumkan bahawa Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik diwartakan pada 1 Disember 2021 sebagai P.U.(B) 615/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember 2021 selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“SPR juga ingin memaklumkan bahawa pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 sudah diwartakan pada 30 November 2021 sebagai P.U.(A) 433/2021 dan P.U.(A) 434/2021.

“Ia akan berkuat kuasa pada 15 Disember ini selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas sudah diwartakan dan berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

Pindaan Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa.

Sebelum ini, cadangan pindaan itu sudah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.

Berita berkaitan
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
DUN Jepak kekal milik calon GPS
November 4, 2023· Politik
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
7 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok