Covid-19: Jangkitan di sembilan negeri naik, 49 pesakit meninggal

December 1, 2021 · Isu semasa

Hanya sembilan negeri hari ini mencatat peningkatan kes harian baharu Covid-19, berbanding 11 negeri semalam, dengan jangkitan di Selangor kembali melonjak.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi juga seramai 49 pesakit dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, berbanding 55 kes semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 30,474 kematian.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan enam lagi kluster baharu dalam tempoh itu, menjadikan keseluruhannya 5,953 kluster dengan 5,727 telah ditamatkan dan 226 lagi masih aktif.

Tatkala tercetus kebimbangan berkaitan varian baharu Covid-19, Omicron, Selangor hari ini merekodkan 1,582 jangkitan berbanding 1,097 semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sejak awal tahun lalu meningkat kepada 753,493 kes, manakala 725,718 pesakit telah sembuh, dan 9,787 kes kematian.

Sehingga semalam Selangor merekodkan 17,968 kes aktif, termasuk 15,686 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,127 ditempatkan di PKRC; 1,075 dimasukkan ke hospital; dan 80 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 52 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain pula, Kelantan turut merekodkan peningkatan jangkitan hari ini apabila mencatat 639 kes, berbanding 574 semalam; diikuti Sabah sebanyak 467 kes baharu, naik daripada 401 kes semalam.

Pahang pula mencatat 326 kes baharu berbanding 321 kes semalam; diikuti Terengganu (235 kes baharu, 200 semalam); Negeri Sembilan (180 kes baharu, 148 semalam); Sarawak (121 kes baharu, 98 semalam); Perlis (48 kes baharu, 44 semalam); dan Labuan (19 kes baharu, dua semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 6,803 pesakit disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan kumulatif sebanyak 2,544,007 pesakit pulih, berbanding 2,638,221 kumulatif kes positif.

Beliau berkata daripada 5,439 kes baharu yang dilaporkan hari ini sebanyak 105 kes atau 1.9 peratus adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 5,334 atau 98.1 peratus adalah kes kategori 1 dan 2.

Menurutnya seramai 500 pesakit dimasukkan ke ICU, dengan 258 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes hari ini juga, 195 pesakit membabitkan bukan warganegara Malaysia, termasuk enam daripadanya dikategorikan sebagai kes import.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok