Covid-19: Jumlah kematian naik sekali ganda, Selangor catat 14 kes

November 30, 2021 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam melonjak sekali ganda berbanding Ahad, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Statistik laman sesawang Covidnow menunjukkan dalam tempoh itu 61 kematian dilaporkan, termasuk 16 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau kes ‘brought in death’ (BID), berbanding 29 kes pada Ahad.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak awal tahun lalu hingga semalam meningkat kepada 30,370, termasuk 6,145 kes BID.

Selangor merekodkan jumlah kematian tertinggi harian apabila seramai 14 pesakit Covid-19 meninggal dunia , berbanding sifar kes pada Ahad, menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu sebanyak 9,777 kes.

Sehingga semalam, negeri itu mencatat 750,818 kumulatif kes positif dengan 724,467 pesakit dilaporkan telah sembuh.

Jumlah kes aktif di Selangor juga turun sebanyak 215 kes kepada 18,132 berbanding 18,347 kes pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 15,829 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,106 ditempatkan di PKRC; 1,116 dimasukkan ke hospital; dan 81 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kematian per 10 ribu populasi.

Sementara itu, Terengganu turut mencatat angka kematian tertinggi iaitu sebanyak 11 kes, menjadikan keseluruhannya 593 pesakit meninggal dunia sejak awal tahun lalu. Negeri itu kini merekodkan 76,197 kumulatif positif dengan 73,517 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam Terengganu mencatat 2,151 kes aktif dengan 1,361 pesakit dikuarantin di rumah; 468 ditempatkan di PKRC; 297 dimasukkan ke hospital; dan 25 dirawat di ICU, termasuk 20 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi negeri-negeri lain, Johor dan Perak merekodkan enam kes kematian semalam; diikuti masing-masing lima di Kelantan dan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (empat); dan masing-masing tiga di Kedah serta Pahang.

Dua kes kematian masing-masing direkodkan di Sabah dan Sarawak, manakala tiada kes dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

KKM juga memaklumkan jumlah kes aktif di seluruh negara turun 958 kes kepada 65,497 semalam, berbanding 66,455 kes pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 53,177 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,575 ditempatkan di PKRC; 5,238 dimasukkan ke hospital; dan 507 pesakit dirawat di ICU dengan 272 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak awal tahun lalu hingga semalam, negara merekodkan 2,622,024 kumulatif positif, dengan 2,532,036 pesakit telah sembuh.

Statistik pecahan umur kematian.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Filem Mat Kilau bakal jadi biopik terhebat alaf ini
June 25, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok