Peguam Zahid diserang gout, perbicaraan ditangguh

November 22, 2021 · Isu semasa

Perbicaraan mahkamah hari ini melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan peguam belanya diserang penyakit gout.

Kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Zahid bersambung hari ini tetapi terpaksa ditangguh selepas peguamnya, Hamidi Mohd Noh memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan beberapa minit prosiding berlangsung pada jam 11 pagi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan perbicaraan kes ditangguhkan selepas Hamidi memberitahu tidak dapat menahan kesakitan dan tidak mampu berdiri terlalu lama.

Hamidi bagaimanapun berkata, beliau akan meneruskan hujahannya tetapi hanya mampu berbuat demikian selama 20 minit sebelum meminta mahkamah berhenti rehat kemudiannya.

Peguam itu memberitahu hakim, beliau tidak dapat meneruskan dengan menyambung hujahan, berikutan itu mahkamah kemudian membenarkan prosiding ditangguhkan kepada Rabu ini.

Menurut Hamidi, beliau mempunyai temujanji dengan doktor pada jam 1.30 petang ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan itu.

Hamidi sebelum itu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan bagi tuduhan pecah amanah terhadap anak guamnya.

Peguam itu sempat berhujah, cek Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengan tuduhan, bukan di bawah penguasaan Zahid, sebaliknya berada bawah penguasaan bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan.

Hamidi berkata, Mazlina bukan saja cuai ketika menguruskan pengeluaran cek dengan menggunakan cop tanda tangan anak guamnya, malah tidak mempunyai pengetahuan berhubung penggunaan kad kredit.

Beliau berkata, cop tanda tangan itu tidak sewajarnya digunakan untuk pengeluaran cek, sebaliknya ia untuk urusan tidak rasmi seperti menandatangani kad hari raya yang membabitkan jumlah banyak.

Katanya, dengan itu pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap 12 tuduhan pecah amanah yang dihadapiZahid.

Menurut peguam itu lagi, anak guamnya tidak melakukan pecah amanah apabila memindahkan dana milik yayasan berkenaan ke dalam akaun firma guaman Tetuan Lewis & Co kerana wang terbabit masih di bawah kawalan yayasan yang mana Zahid pengasasnya.

Katanya, Zahid tidak boleh didakwa melakukan pecah amanah kerana wang itu tidak pernah bertukar milik.

“Sehubungan itu, pihak pendakwaan tersalah arah dari segi undang-undang dengan menyatakan wang milik yayasan itu dipindahkan kepada pihak lain,” katanya.

Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok