Bekas Pengerusi BN P. Pinang mohon maaf kepada Guan Eng

November 22, 2021 · Isu semasa

Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow berhubung artikel mengenai Pulau Jerejak selesai selepas Teng memohon maaf kepada Lim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Chang Yeow membacakan kenyataan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah.

“Saya dengan ini memohon maaf tanpa syarat kepada Lim Guan Eng dan menarik balik kenyataan yang saya buat dalam sidang media pada 15 Nov 2016, yang kemudiannya diterbitkan pada 16 Nov 2016 dalam The Star dengan kapsyen Pulau Jerejak Land Sale Questioned (Penjualan Tanah Pulau Jerejak Dipersoalkan); dalam THE STAR ONLINE dengan kapsyen, Pulau Jerejak Land Sale Questioned; Guan Ming Daily dengan kapsyen, Kes Menjual Tanah Pulau Jerejak; dan Sin Chew Daily dengan kapsyen, Hilang 80 juta Keuntungan Potensi.

“Saya kesal dengan kesusahan dan kesulitan yang dialami Lim Guan Eng akibat penerbitan perkara di atas,” katanya lapor Bernama.

Pada hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pengurusan kes namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.

Guan Eng hadir di mahkamah dan diwakili peguam Datuk N. Mureli manakala Teng diwakili peguam Kek Boon Wei.

Hakim Tun Abd Majid kemudian merekodkan penghakiman persetujuan kes itu.

Di luar mahkamah, Mureli memaklumkan Chang Yeow selaku defendan akan membayar kos sebanyak RM75,000 (untuk kos Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan) kepada Guan Eng selaku plaintif.

Pada April 2017, Lim memfailkan saman menamakan Chang Yeow, yang juga bekas Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Pengarang Berita Star Media Group Berhad David Tan dan wartawan Crystal Chiam Shiying selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Guan Eng mendakwa Chang Yeow telah memberi, membenarkan dan/atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu itu ditulis dan disiarkan di akhbar dan laman web melalui defendan lain.

Beliau mendakwa defendan telah berniat jahat menerbitkan kenyataan berunsur fitnah dan palsu dalam artikel bertajuk ‘Pulau Jerejak Land Sale Questioned’ (Penjualan tanah Pulau Jerejak Dipersoalkan) bertarikh 16 Nov 2016, yang merujuk kepada plaintif (Lim).

Tindakan undang-undang Guan Eng terhadap defendan lain telah diselesaikan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok