Anwar khianat parti sendiri dan PH: Azmin

April 11, 2021 · Politik

Pakatan sulit yang dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah pengkhianatan kepada parti sendiri dan rakan komponen dalam Pakatan Harapan, kata Ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin menyifatkan tindakan Presiden PKR itu menunjukkan beliau tidak pernah jujur kepada ahli parti masing-masing apabila membuat hubungan sulit dengan parti musuh secara senyap-senyap.

“Kita berharap kedua-dua individu ini perlu jujur kepada sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing.

“Saya kira ini merupakan pengkhianatan yang terbesar yang dilakukan Anwar Ibrahim bukan saja kepada partinya sendiri tapi juga kepada anggota komponen PH kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan,” katanya semasa sidang media di Gombak hari ini.

Azmin juga mengesahkan klip audio yang tular tersebut adalah sahih berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pegawai Anwar sebelum ini.

“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau sekian lama dan merupakan (bekas) setiausaha sulit beliau, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Presiden UMNO, Zahid dikaitkan dalam satu klip audio yang tular sedang berpakat merancang strategi politik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) lalu.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
23 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN: Sedikit lagi belum selesai, kata PKR
May 13, 2023
Sekurang-kurangnya Kabinet kerajaan PN sebelum ini tiada kluster mahkamah
November 29, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok