Kes Covid-19 meningkat: Kelantan batal bazar Ramadan

April 11, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Kelantan membatalkan operasi bazar Ramadan di seluruh negeri berikutan peningkatan serius kes Covid-19 di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata, kadar kebolahjangkitan di negeri itu naik kepada 1.12 sekali gus menggambarkan keadaan serius.

“Kita juga menjangkakan kes tiga angka akan berterusan dan mungkin meningkat dalam tempoh seminggu akan datang

“Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana ketika kes pada tahap dua angka kita membenarkan bazar Ramadan dibuka, Madinah Ramadan, majlis berbuka, tadarus dan sebagainya.

“Namun, kerana kita jangka kes semakin serius maka kita terpaksa membatalkan semua program terbabit termasuk program tilawah melibatkan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada malam ini,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Kelantan mencatatkan 171 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes itu sebanyak 7,021 dengan merekodkan 21 kluster yang masih aktif, setakat semalam.

Dr Izani sebelum ini berkata kerajaan Kelantan membenarkan pengoperasian bazar Ramadan di seluruh negeri dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, manakala program Madinah Ramadan dibenarkan namun hanya dengan 500 jemaah berbanding kapasiti asal 1,300 orang.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Seorang lagi ADUN Selangor rentas negeri masuk hutan di Pahang
July 18, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok