Kedah hadkan pusat judi

November 14, 2021 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan sebagai seorang Islam beliau bukan sahaja diharamkan berjudi, malah tidak boleh juga menggalakkan perjudian ketika beliau mentadbir.

Menurutnya dari sudut Islam individu yang berjudi atau ulul amri yang membenarkan perjudian akan dipersoalkan di akhirat nanti dan akan dihukum.

“Saya Islam tak boleh main judi. Nanti kat akhirat saya kena tanya, aktiviti macam ni anda buat apa? Kalau saya cakap saya tak buat, saya kena tibai.

“Sementara saya ada kuasa, baik saya gunakan,” jelas beliau ketika memaklumkan Kerajaan Kedah akan menutup semua pusat perjudian di negeri itu.

Memetik laporan Harakah, Muhammad Sanusi berkata keputusan berkenaan dibuat susulan perbincangan pada mesyuarat khas Exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

Katanya langkah itu bertujuan menjadikan Kedah bebas judi memandangkan aktiviti tidak sihat itu hanya membawa kesan negatif serta mengundang kerosakan.

“Saya yakin semua pihak mengakui judi menjadi punca kerosakan dan keruntuhan tamadun serta institusi keluarga,” katanya.

Sementara itu FMT melaporkan Menteri Besar Kedah itu sebagai berkata kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan memperbaharui lesen perniagaan pusat judi, termasuk kedai nombor ekor.

Katanya bukan sahaja salah di sisi Islam, malah aktiviti perjudian juga boleh menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan, selaim masalah hutang.

“Kerajaan (Kedah) tidak akan beri lesen (baru), kalau you nak beli (nombor ekor), beli di Pulau Pinang,” katanya selepas membentangkan Bajet 2022 Kedah, hari ini.

“Kerana bila ada premis, ada aktiviti, bukan saja bukan Islam (yang terlibat), jadi saya harap (keputusan ini) dapat difahami dengan seadil-adilnya.

“Manfaat kepada premis judi tak banyak pun, melainkan hanya tauke saja yang untung, (selain itu) lebih banyak mudarat kepada orang ramai,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Popular
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok