Akar umbi berhak gesa Zahid letak jawatan: Ismail

April 10, 2021 · Politik

Tiada halangan untuk akar umbi mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan dan setiap pandangan perlu didengar secara adil, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu berkata ahli-ahli UMNO berhak hak untuk menyuarakan pandangan mereka dan tidak boleh dihalang kerana parti mengamalkan prinsip kebebasan bersuara.

“Setiap ahli berhak untuk mengeluarkan pandangan masing-masing dan kita tak pernah halang ahli daripada bersuara. Dari dahulu lagi ahli bersuara. Apa pandangan mereka kita perlu dengar dan kita tak pernah tutup mulut sesiapa untuk bersuara,” katanya dipetik Bernama.

Ismail Sabri menyifatkan kemelut dalaman UMNO akan bertambah kritikal sekiranya Zahid masih tidak membuat laporan polis berhubung klip audio yang tular dan menggesa supaya ia dilakukan dengan segera bagi mengelak kekeliruan akar umbi.

“Kalau percepat laporan polis ia akan memadam kesangsian (dalam kalangan ahli akar umbi) kerana sekarang ada ahli yang kata ya (ia berlaku), ada ahli yang kata tidak.

Kalau dah keluar dapatan (tulen atau tidak audio), tiada lagi isu berkaitan audio (selepas ini),” katanya lagi.

Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara mirip Zahid dan Anwar, yang didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO, tersebar di sosial media.

 

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok