Hutang 1MDB RM32 bilion: Najib bapa apa pula?

November 3, 2021 · Isu semasa

Kerajaan dan rakyat sekarang terpaksa menanggung beban hutang syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai puluhan bilion selepas teruk dikerjakan semasa pentadbiran era Datuk Seri Najib Razak terdahulu.

Hutang RM32 bilion tersebut adalah fakta dan bukan auta yang direka-reka, bayangkan wang sebanyak itu banyak mana rakyat miskin yang terjejas semasa era pandemik Covid-19 ini dapat dibantu.

Mungkin bekas Perdana Menteri (PM) Keenam yang sudah kaya kini selepas mendapat semula wang RM114 juta boleh jawab bagaimana hutang bertimbun itu wujud, tapi beliau lebih sibuk berkempen di Melaka bercakap retorik dan mereka-reka cerita demi kelangsungan politiknya.

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022, hutang terkumpul 1MDB adalah berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021.

Sejumlah RM12.8 bilion komitmen kewangan dan pembayaran hutang 1MDB telah dilunaskan oleh kerajaan atau Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menerusi pinjaman dan pendahuluan setakat September lepas yang mencecah hampir RM10 bilion selain penggunaan Akaun Amanah.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, baki terkumpul Akaun Amanah selepas mengambil kira pendapatan simpanan (hibah) adalah berjumlah RM15.3 bilion dan mampu membiayai obligasi 1MDB sehingga 2022.

Obligasi keseluruhan 1MDB berjumlah RM39.3 bilion merangkumi prinsipal sebanyak RM32.2 bilion dan faedah atau bayaran keuntungan atas pembiayaan (RM7.1 bilion).

Laporan tersebut juga boleh diperoleh kerana sudah menjadi fakta umum.

Terdahulu, Najib di Dewan Rakyat menyalahkan PM sebelum ini dengan gelaran ‘Bapa Lockdown’ tetapi tidak sedar diri sendiri terpalit dengan kes mahkamah dan berdepan puluhan pendakwaan.

Jika tiada ‘lockdown’, bayangkan berapa banyak nyawa insan tersayang akan melayang dek kerana penularan Covid-19 yang ketika itu masih belum ditemui penawarnya. Perlu diingat bahawa bukan Malaysia sahaja melaksanakan ‘lockdown’ tetapi hampir seluruh dunia. Bagi Najib, ramailah ‘bapa lockdown’ di dunia ini.

Kerugian dialami negara terlalu banyak apabila sektor ekonomi ditutup sepenuhnya, hampir berbilion sehari kerugian sehingga boleh menyebabkan runtuhnya ekonomi negara.

Mungkin Najib terlupa hutang 1MDB yang bertimbun perlu dibayar itu juga antara yang membebankan kewangan kerajaan, ditambah pula dengan pandemik yang menjejaskan pendapatan negara dan rakyat.

Jika mahu beri gelaran kepada Najib, terlalu banyak gelaran boleh diberikan, antaranya ‘Bapa 1MDB’, ‘Bapa Kluster Mahkamah’, ‘Bapa Hutang’ dan pelbagai macam gelaran lagi. Tetapi dalam politik yang matang dan profesional, tidak perlulah melayan rentak permainan bodoh politik Najib.

Jika pengikut setianya yang tidak pernah bertanding pilihan raya, Isham Jalil pun sama bodoh dengan beliau, apatah lagi bosnya ini.

Najib begitu marah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melabelnya sebagai penjenayah VIP, walhal itu adalah realitinya yang sedang berlaku di bawah pemerintahan kerajaan PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berapa kali Najib bertemu dengan Ismail Sabri, bermula semasa dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sehingga naik menjadi PM, sudah banyak kali lawatan kerjanya di Pejabat PM diadakan.

Pada mulanya dikatakan mahu dilantik menjadi Penasihat Ekonomi kepada PM, tetapi tidak tahan dengan kritikan umum akhirnya tidak jadi dilantik. Kemudiaan, tiba-tiba pelbagai keistimewaan pula diberikan kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan kluster mahkamah.

Apabila disindir ‘mak bidan’ kerana mahu ke Singapura menemani anaknya yang akan bersalin, Najib begitu melenting marah terhadap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin kerana melabelnya dengan gelaran sebegitu.

Persoalan yang dibangkitkan oleh Hanipa tersebut sebenarnya masuk akal juga, masa bila pula penjaga dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik bersalin kerana selalunya suami yang akan menemani isteri yang akan bersalin.

Logiknya, apakah sebenarnya tujuan pasport Najib dikembalikan semata-mata mahu melawat anaknya yang akan bersalin.

Selain itu, Najib kini juga hampir setiap hari berada di Melaka kononnya sedang bercuti, walhal diketahui umum dengan wang RM114 juta yang sudah dikembalikan sepatutnya Melaka bukanlah lokasi yang akan menjadi pilihan pasangan merpati sejoli bersama isterinya itu.

Namun, apakan daya, mahkamah hanya membenarkan pasportnya dikembalikan untuk tujuan ke Singapura, bayangkan jika kebenaran lebih jauh, mungkin lebih panjang kaki pasangan tersebut berjalan.

Dr Mahathir sudah mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada Najib yang sudah disabitkan hukuman tetapi masih bebas berjalan ke sana sini tanpa rasa malu, seakan mendapat imuniti politik daripada kerajaan Ismail Sabri.

Untuk rekod, kem Dr Mahathir tidak menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan Ismail Sabri, sebaliknya hanya Pakatan Harapan (PH) diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang bersetuju untuk tunduk dengan kerajaan UMNO sekarang ini.

Lebih menarik lagi, Anwar yang dahulunya terhina juga diberikan layanan istimewa apabila dinaik taraf setara dengan Menteri walaupun hanya berjawatan Ketua Pembangkang.

Keistimewaan Anwar itu sama dengan kelayakan yang diperoleh seorang Menteri dalam kerajaan, ia termasuk elaun dan faedah lain-lain yang diperolehnya.

Anwar juga tidak lagi menyerang Najib berhubung 1MDB, sebaliknya sibuk ke hulu ke hilir bercakap soal remeh di dalam Dewan Rakyat. Adakah Anwar sebenarnya cuba melindungi seorang rakan karibnya, Najib yang diketahui umum menyokongnya sebagai calon PM sebelum ini.

Mungkin Anwar juga sedang menjadi cikgu kepada Najib yang sedang berkempen di Melaka ketika ini, merancang strategi bersama kerana tidak pula Najib mengkritik pembangkang ataupun Najib setakat ini di Melaka, mungkin sudah mencapai persefahaman antara satu sama lain.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok