Polis Turki hari ini menahan 43 individu disyaki ada kaitan dengan kumpulan pertubuhan pengganas Fetullah (FETO) – gerakan di belakang cubaan rampasan kuasa yang gagal pada 2016.
Polis Ankara melakukan beberapa serbuan dalam operasi di 33 wilayah dan menangkap 33 individu disyaki anggota FETO, kata pegawai polis.
Penangkapan itu adalah susulan tindakan pejabat ketua pendakwa raya mengeluarkan waran tangkapan terhadap 53 suspek, termasuk 19 anggota tentera, dalam usaha mematahkan kumpulan pengganas yang menyusup ke dalam pasukan keselamatan.
Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya, siasatan dimulakan setelah suspek didapati berkomunikasi menggunakan talian telefon berbayar dengan pemimpin kanan FETO yang menyusup ke dalam satu unit di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, dalam operasi di sembilan wilayah di Istanbul, polis menahan 10 individu disyaki ada kaitan dengan FETO.
Dalam serbuan itu pelbagai dokumen dan bahan digital dirampas.
FRTO dan pemipinnya Fetullah Gulen yang tinggal di Amerika Syarikat mengatur rampasan kuasa pada 15 Julai 2016, di mana 251 orang terbunuh dan 2,734 lagi cedera.
Ankara menuduh FETO menggalakkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan melalui penyusupan di dalam pelbagai agensi kerajaan, terutama tentera, polis dan kehakiman. – Agensi