Pakar beri amaran gelombang ketiga Covid-19 di Indonesia

January 24, 2022 · Dunia

Pakar epidemiologi Universiti Griffith Australia Dicky Budiman memberi amaran potensi gelombang ketiga kes Covid-19 di Indonesia bakal tercetus, tatkala tahap imuniti penduduk yang telah menerima suntikan vaksin semakin menurun.

“Potensi gelombang ketiga sangat jelas. Potensi ini berkaitan dengan populasi yang belum mempunyai imuniti terhadap virus dan mereka yang imunitinya telah menurun,” katanya.

Berdasarkan kajian, kekebalan seseorang yang telah menerima suntikan vaksin terhadap penularan Covid-19 akan berkurangan lima bulan selepas menerima vaksinasi lengkap.

“Tidak ada yang bertahan lama, itu fakta. Jadi potensi lonjakan kes yang disebabkan oleh Omicron adalah sangat jelas. Sementara itu, kadar jangkitan varian ini juga lebih cepat daripada varian Delta,” katanya.

Oleh itu, katanya kerajaan perlu meningkatkan ujian dan pengesanan untuk menangani varian Omicron.

“Ini tidak boleh diabaikan, kerana kita tidak akan dapat memutuskan rantaian penularan jika kita tidak melakukan pengesanan awal secara besar-besaran.

“Menghentikan penularan perlu dilakukan dengan mencari kes jangkitan dan kontak mereka, supaya orang ramai boleh menjalani pengasingan atau kuarantin secara berkesan,” jelasnya.

Selain itu, kerajaan juga mesti menguatkuasakan protokol kesihatan dengan tegas, termasuk mengawasi orang ramai dalam memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial, mencuci tangan, menjauhi orang ramai, dan mengurangkan pergerakan.

Dicky berkata, Omicron tidak boleh dipandang remeh, kerana varian ini diisytiharkan sebagai varian of concern (VOC).

“Jadi jangan pandang rendah kerana varian ini berbahaya. Omicron kelihatan seperti varian virus yang mudah ditangani kerana kebanyakan orang telah memperoleh vaksinasi,” katanya.

Sementara itu, pakar epidemiologi dari Universiti Andalas, Padang, Sumatera Barat, Defriman Djafri menggesa kerajaan memperhebat saringan, ujian, pengesanan dan analisis jujukan genom penuh (WGS) bagi menyekat penularan varian Omicron di negara itu.

“Strategi ini adalah untuk memastikan kita dapat mengenal pasti dengan cepat, dan kes yang dikenal pasti mesti dikuarantin secara ketat, memandangkan varian Omicron boleh merebak lebih cepat berbanding varian lain,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak boleh lalai dalam melaksanakan protokol kesihatan walaupun telah divaksin Covid-19.

“Walaupun sudah divaksin, orang ramai tidak seharusnya bersikap jahil dan berasa kebal terhadap virus itu dengan tidak memakai pelitup muka atau melaksanakan protokol kesihatan yang telah mereka laksanakan selama ini bagi mengurangkan risiko penularan,” katanya.

Sejak 15 Disember tahun lalu Indonesia mengesahkan mengesan, 1,161 kes jangkitan Omicron, dengan dua kematian. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok