Awas! Perkembangan teknologi ancam kesihatan anak anda

October 30, 2021 · Isu semasa

Masyarakat Malaysia terutamanya golongan yang menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian telah menjadikan teknologi sebagai keperluan dan bukan lagi kehendak. Penggunaan teknologi bukan sahaja untuk golongan yang sedang belajar atau yang sudah bekerja namun menjadi suatu fenomena biasa kepada masyarakat. Penggunaan peranti teknologi seperti komputer, komputer riba, permainan video televisyen, serta gajet-gajet seperti telefon pintar telah menjadi kegilaan masyarakat.

Selain itu penggunaan Internet di laman web jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan lain-lain lagi telah mewujudkan fenomena yang luar biasa terhadap masyarakat di seluruh dunia.

Penggunaan teknologi ini sememangnya memberi pengaruh yang sangat besar terhadap kanak-kanak dan perkara ini merupakan ancaman kesihatan siber khususnya gangguan tumbesaran emosi dan psikologi anak-anak.

Menurut Pakar Oftalmologi Hospital Pakar KPJ Johor, Dr. Mohamed Asri Halili, postur (kedudukan leher) yang tidak betul semasa penggunaan peranti digital atau telefon pintar boleh menyebabkan sakit tengkuk dan sakit tulang belakang yang berpanjangan.

“Ibu bapa perlu mengambil tahu postur yang betul semasa anak-anak menggunakan peranti digital. Ibu bapa digalakkan memuat turun aplikasi yang boleh membantu dalam mendapatkan postur yang sesuai serta mengurangkan ancaman terhadap leher dan tengkuk anak-anak.

“Selain itu, bagi kanak-kanak yang menggunakan peranti ini dalam keadaan postur atau kedudukan berbaring atau duduk terlalu lama akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang. Ini akan meningkatkan risiko bongkok pada usia yang muda. Bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun ke atas, tumpuan dalam pelajaran boleh turut terjejas sekiranya mereka terlalu kerap dengan permainan dan aplikasi dalam peranti pintar,” katanya.

Dalam pada itu, kajian terhadap kesan buruk peranti teknologi ini terus mendapat perhatian pakar-pakar seluruh dunia. Penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro memberitahu, generasi muda berhadapan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar. Hasil daripada kajian, hampir tiga perempat kanak-kanak sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh setahun yang lalu.

Tambah Dr. Mohamed Asri,  penggunaan alatan digital dan Internet yang keterlaluan juga akan menyebabkan gangguan terhadap hormon dalam badan dan mengakibatkan masa tidur yang tidak mencukupi serta keletihan kepada anak-anak.

“Anak-anak tidak dapat memberi fokus semasa pembelajaran kesan ini boleh menyebabkan anak-anak kita hilang fokus terhadap pelajaran dan seterusnya mengalami kemurungan,” jelasnya.

Justeru, beliau menasihatkan agar strategi keibubapaan tradisi atau dunia nyata amat sesuai untuk diamalkan dalam keibubapaan siber iaitu ibu bapa melindungi anak-anak kecil dengan mengawasi mereka secara dekat dan menyediakan peraturan yang mudah diikuti mereka.

“Kanak-kanak perlu memahami bahawa tingkah laku yang sama di dalam atau di luar talian akan memberikan impak kepada diri mereka, rakan-rakan, dan keluarga. Oleh itu, kanak-kanak perlu belajar untuk bertanggungjawab dan beretika ketika sedang dalam talian untuk mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepada ancaman siber. Keibubapaan siber yang berkesan akan membantu kanak-kanak membesar sebagai netizen warga digital yang baik sama ada di rumah dan di luar,” jelasnya.

Selain itu, Dr. Mohamed Asri menyarankan kanak-kanak bawah  dihadkan masa penggunaan Internet anak anda kepada setengah jam sehari sahaja di bawah pemantauan ibu bapa.

“Gunakan perisian kawalan ibu bapa seperti Digi Family Safety bertujuan menyekat mana-mana laman web yang tidak sesuai untuk umur mereka. Tidak ketinggalan, pilih ‘Youtube Kids’ dan menghentikan fungsi ‘auto-play’.

“Jangan membenarkan mereka memuat naikkan maklumat peribadi di profil, blog atau laman web tanpa dipantau. Pastikan anak-anak menggunakan enjin carian yang mesra kanak-kanak. Selain itu, ajar anak anda untuk menghormati orang lain semasa berada dalam talian dan berfikir sebelum memuat naik apa-apa.

“Ibu bapa juga perlu menapis laman web dan rangkaian media sosial yang tidak sesuai seperti laman web dating. Berbincang dengan mereka mengenai pornografi Internet dan aksi keganasan dalam permainan video,” ujarnya.

 

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok