PRN Melaka: PH mohon semakan kehakiman pembubaran DUN

October 22, 2021 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari hari ini mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Bekas Ketua Menteri Melaka ketika PH memerintah sebelum ini, memohon perintah membatalkan writ dan notis pilihan raya dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Oktober lalu bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Beliau juga memohon perintah supaya notis untuk mengadakan PRN digantung, sementara permohonan kebenaran semakan kehakiman itu didengar dan diputuskan mahkamah.

Adly yang bertindak selaku pemohon menamakan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Datuk Seri Ab Raus Yusoh; SPR; dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam, selaku responden pertama hingga keempat.

Beliau memfailkan permohonan kebenaran melalui firma guaman Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri, lapor BH hari ini.

Dalam permohonan itu, Adly menyifatkan adalah sangat tidak munasabah dan tidak rasional bagi Sulaiman menasihati Mohd Ali membubarkan DUN dalam keadaan pandemik Covid-19 di negara ini.

Beliau menuntut perisytiharan antaranya, nasihat Sulaiman terhadap Mohd Ali pada 4 Oktober lalu untuk membubarkan DUN mengikut Artikel 19(2) Perlembagaan Negeri adalah tindakan mala fide (berniat jahat) kerana nasihat itu dibuat ketika beliau tidak lagi mempunyai keyakinan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau turut menuntut perisytiharan bahawa proklamasi Mohd Ali mengenai pembubaran itu adalah tidak sah kerana dibuat tanpa pengetahuan SPR yang Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

Dalam afidavit sokongan, Adly berkata Melaka terjejas oleh kelembapan ekonomi yang teruk akibat pandemik Covid-19 sejak awal 2020.

“Pandemik atau endemik Covid-19 memberi implikasi negatif yang serius terhadap kesihatan orang ramai dan kesejahteraan ekonomi mereka. Saya juga percaya mengadakan PRN Melaka pada masa ini menimbulkan bahaya kepada kesihatan rakyat,” katanya.

Sulaiman membubarkan DUN Melaka pada 5 Oktober lalu, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, setelah empat ADUN menarik sokongan terhadapnya.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023
Tiada parti boleh dabik dada berasa kuat berdepan PRU segera: Rafiq
September 9, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok