Kita akan susahkan kumpulan antivaksin, kata Menteri Kesihatan

October 16, 2021 · Isu semasa

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dengan tegas memberi amaran kepada kumpulan antivaksin bahawa mereka tidak akan menikmati apa-apa kelonggaran sebagaimana diberikan kepada individu lengkap divaksin.

Ketegasan beliau dinyatakan apabila memberi peringatan:

“Kita akan menyusahkan hidup kumpulan antivaksin supaya mereka berterusan tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.”

“Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak divaksin.”

Kenyataan beliau seiring dengan syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menetapkan semua kelonggaran, terutama untuk merentas negeri bertemu sanak saudara, hanya khusus untuk individu lengkap divaksin.

Menurutnya walaupun kerajaan tidak mewajibkan pengambilan pelalian itu dan memperkenalkan peraturan khusus mengenainya, tetapi undang-undang sektorial lain boleh digunakan.

“Ini kerana anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, melainkan anda tidak boleh menerimanya atas faktor kesihatan dan dikecualikan dalam aplikasi MySejahtera. Bagaimanpun, jika sebaliknya, memang kami akan susahkan hidup anda,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Majlis Perasmian Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) 2021 di ibu negara, hari ini.

Khairy berkata, pelaksanaan undang-undang sektoral itu akan membabitkan keseluruhan sektor perkhidmatan awam, selain akan diperluas kepada sektor swasta.

Katanya, keputusan itu dimuktamadkan susulan kebimbangan ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke sekolah tetapi terdapat segelintir golongan pendidik enggan divaksin.

“Sebab itu apabila kita bincang, ia tidak boleh fokus kepada sektor pendidikan tetapi mestilah untuk keseluruhan perkhidmatan awam. Kini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sudah keluarkan pekeliling yang mewajibkan penjawat awam divaksinasi, menjelang November ini.

“Kita juga akan wajibkan undang-undang sektoral kepada sektor swasta. Justeru, syarikat perlu ada undang-undang sendiri yang menyatakan semua kakitangan perlu lengkap divaksinasi jika mahu bekerja,” katanya.

Khairy juga berkata, kumpulan antivaksin atau melengahkan pengambilan pelalian itu mungkin diwajibkan menjalani saringan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) air lur secara mingguan.

Bagaimanapun, katanya, perbelanjaan bagi menjalani saringan itu tidak akan ditanggung kerajaan, sebaliknya perlu dibiayai sepenuhnya individu terbabit.

Ketika ini, golongan belum menerima vaksin tidak dibenarkan makan di restoran mahu pun memasuki pusat beli-belah, selain dijangka lebih banyak batasan akan ditetapkan kemudian.

“Perincian mengenai perkara ini akan diumumkan ketika pelancaran Strategi Saringan Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung minggu depan. Anda memilih untuk tidak divaksin, jadi kita akan pastikan anda menjalani saringan berkala yang perlu ditanggung sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok