Tindakan diambil terhadap antivaksin kerana sebar berita palsu: PM

October 16, 2021 · Isu semasa

Golongan antivaksi boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berterusan menyebarkan berita palsu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan terdapat peruntukan undang-undang yang boleh diambil terhadap kumpulan antivaksin kerana membuat tuduhan tidak tepat berhubung vaksin yang diberikan kepada orang ramai dan membetulkan kekeliruan berhubung isu tersebut.

“Memang dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan untuk ambil tindakan kepada pihak yang menyebarkan berita palsu.

“Jadi bukan kerana antivaksin, tetapi kerana berita (palsu) yang mereka sebar kita boleh ambil tindakan.

“Khairy Jamaluddin sudah cakap semalam dan kita bersetuju dengan apa yang disebutkan beliau,” katanya lapor media hari ini.

Ismail Sabri terdahulu meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan masih mengkaji keperluan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19 sebelum dibawa ke Kabinet untuk dimuktamadkan.

Berhubung kritikan yang mendakwa kerajaan memaksa dan menghukum individu yang tidak divaksin, Ismail Sabri berkata kerajaan mementingkan keselamatan majoriti orang ramai dan bukan hanya segelintir kumpulan berkepentingan.

“Ramai yang marah kenapa kita nak memaksa dan menghukum (yang tidak mahu vaksin). Saya nak beritahu setakat semalam sudah 92 peratus (rakyat dewasa) mendapat vaksin, yang mendapat satu dos sudah 95 peratus.

“Yang tak nak vaksin hanya lebih kurang satu peratus sahaja. Dari segi prinsip kerajaan, kita menjaga kepentingan ramai berbanding melindungi kepentingan (kelompok) yang sangat sedikit,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok