Cukai lebih seimbang akan diperkenal jika ekonomi pulih

October 14, 2021 · Isu semasa

Kerajaan akan memperkenalkan satu sistem percukaian yang lebih seimbang dan saksama sekiranya ekonomi negara berada dalam keadaan yang lebih baik, kata Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata sebarang langkah cukai yang akan dilaksanakan kelak sudah pasti mengambil kira libat urus bersama pihak berkepentingan.

“Kita akui sebagaimana yang telah kerajaan nyatakan bahawa sistem percukaian ini mestilah bersifat lebih seimbang, adil dan saksama dalam kita mengaut hasil negara untuk kita pulangkan kepada rakyat.

“Kerajaan hari ini adalah kerajaan yang amat prihatin. Ia tidak akan memperkenalkan langkah-langkah cukai tanpa mengambil kira faktor kebajikan rakyat, kemantapan dan kelangsungan ekonomi negara khususnya kepada peniaga,” katanya lapor Bernama semasa sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tempoh pelaksanaannya.

Terdahulu, menjawab soalan asal Senator N. Balasubramanian sama ada kerajaan berjaya melaksanakan kaedah percukaian alternatif seperti cukai keuntungan luar biasa dan cukai keuntungan, Mohd Shahar berkata setakat ini kerajaan belum melaksanakan cukai keuntungan modal (CGT) sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata inisiatif dan kajian yang berterusan sedang dijalankan untuk menstruktur suatu sistem percukaian yang lebih seimbang, adil dan saksama supaya dapat menyokong serta meningkatkan hasil negara.

“Kerajaan perlu memastikan langkah-langkah cukai yang akan dilaksanakan tidak membebankan rakyat, tidak menjejaskan kedudukan ekonomi dan dapat mempertingkatkan daya saing negara selaras dengan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Mohd Shahar berkata sejak 1999, kerajaan telah melaksanakan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Akta 592) yang dikenakan ke atas amaun untung yang melebihi paras nilai ambang harga pasaran minyak sawit mentah iaitu RM2,500 satu tan bagi Semenanjung dan RM3,000 satu tan bagi Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata pengenaan levi ke atas sawit telah berjaya memberi hasil tambahan kepada kerajaan sebanyak RM4.1 bilion sejak diperkenalkan sehingga September lepas.

“Kerajaan mengambil maklum pandangan pelbagai pihak supaya levi keuntungan luar biasa dikenakan kepada perniagaan tertentu yang menjana keuntungan yang berlipat ganda semasa krisis pandemik Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok