Proses pemulihan negara babitkan semua aspek kehidupan: Muhyiddin

October 13, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan proses pemulihan negara mesti membabitkan segenap aspek kehidupan dan pembinaan yang turut melibatkan perpaduan kaum serta budaya.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata cabaran besar yang dihadapi bersama ialah bagaimana untuk menjadikan fasa-fasa pemulihan akan datang dapat dilakukan secara lebih menyeluruh dan cemerlang daripada apa yang dilakukan sebelumnya.

“Oleh itu, Pelan Pemulihan Negara ini perlu menyediakan strategi yang tuntas untuk Malaysia bangkit kembali dari impak pandemik Covid-19 dengan mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian yang perlu dibantu untuk bangkit semula.

“Tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana perlu diberi perhatian,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas menyertai sesi ramah mesra dan dialog dengan kakitangan Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA).

Bekas Perdana Menteri itu berkata negara pastinya tidak akan dapat kembali seperti dahulu susulan kesan daripada pandemik Covid-19 yang turut melanda seluruh dunia.

“Tetapi apa yang sedang kita usahakan ini diharap menjadi lebih baik daripada sebelum pandemik (Covid-19),” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Institut MASA, Muhyiddin berharap institusi itu dapat meneroka lebih banyak bidang penyelidikan dalam isu-isu yang melibatkan rakyat seperti kemiskinan, pendidikan dan pembinaan negara bangsa.

Institut MASA merupakan sebuah badan pemikir bebas yang ditubuhkan dengan fokus awal untuk merangka Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030). Institut itu mempunyai 12 felo yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan pendidikan.

Hadir sama, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut MASA, Tan Sri Sulaiman Mahbob, serta felo kanan antaranya Prof Datuk Dr Denison Jayasooria, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Datuk Dr Madeline Berma.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok