Sabah benar rentas negeri bermula 1 November

October 13, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Sabah hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri bermula 1 November depan meliputi lawatan sosial dan pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Bagaimanapun, beliau berkata kebenaran rentas negeri itu diberikan secara bersyarat iaitu penduduk deHajijiwasa perlu lengkap dos vaksin Covid-19, perlu menjalani ujian saringan Covid-19 jenis RT-PCR atau RTK-Ag (swab/saliva) tiga hari sebelum perjalanan.

Katanya, bagi remaja berumur 12 hingga 18 tahun perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut manakala kanak-kanak berusia bawah 12 tahun wajib ditemani ibu bapa yang telah lengkap divaksin.

“Kerajaan Negeri Sabah berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus dan bersetuju memberikan kebenaran ini,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata selaras dengan itu juga kerajaan negeri bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan seluruh negeri bermula esok dengan bersyarat.

Katanya, syarat itu ialah penduduk dewasa perlu lengkap dos vaksin Covid-19; remaja berumur 12 hingga 18 tahun perlu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut; dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun wajib ditemani ibu bapa yang telah lengkap divaksin.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok