SPR tentukan penambahan kawasan pilihan raya, kerajaan tak berhak campur

October 12, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab menentukan sama ada untuk melaksanakan penambahan kawasan pilihan raya atau persempadanan semula, kerajaan tidak mencampuri hak dan tanggungjawab badan tersebut, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu menjelaskan kuasa tersebut adalah tertakluk bawah SPR dan suruhanjaya itu bebas membuat saranan, bagaimanapun setakat ini tiada syor untuk melaksanakan kajian bagi tujuan tersebut.

“Kajian bukannya hanya untuk menambah jumlah (kawasan pilihan raya), tetapi ada jumlah boleh dikurangkan atas (syor) SPR.

“Kerajaan tidak berhak ganggu tanggungjawab SPR. SPR adalah bebas untuk membuat keputusannya sendiri untuk disarankan kepada kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

Wan Junaidi menjelaskan, urusan Kajian Semula Persempadanan adalah kajian semula pembahagian sempadan-sempadan Bahagian Pilihan Raya sedia ada bagi mengesyorkan apa-apa perubahan dengannya yang difikirkan perlu berdasarkan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada SPR untuk melaksanakan kajian semula sempadan setiap Bahagian Pilihan Raya di negara ini yang terbahagi kepada tiga unit berasingan mengikut Fasa (6) Perkara 113 perlembagaan sama.

Beliau memaklumkan, unit itu merangkumi Unit Negeri-Negeri Tanah Melayu termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Unit Negeri Sabah dan Unit Negeri Sarawak.

“Urusan Kajian Semula Persempadanan bermula mengikut keadaan apabila tamat tempoh tidak kurang lat lapan tahun daripada tarikh siapnya urusan Kajian Semula Persempadanan sebelumnya,” katanya.

Katanya, jika ia berkaitan dengan peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR boleh memulakan urusan Kajian Persempadanan Semula setelah tamat tempoh tidak kurang lat atau selang lapan tahun daripada tarikh siapnya urusan kajian semula sebelumnya.

“Namun sekiranya SPR memulakan urusan berkenaan, ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun. Bagi maksud terbabit, la tempoh lapan tahun bagi kajian semula persempadanan negeri Sarawak akan berakhir pada tahun 2023, Sabah pada tahun 2025 manakala Negeri-Negeri Tanah Melayu pula pada tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata, apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda, sama ada penambahan atau pengurangan kerusi dewan mahupun pewujudan wilayah baharu, SPR hendaklah melaksanakan urusan Kajian Persempadanan Semula dalam tempoh dua tahun dari tarikh pindaan undang-undang itu berkuat kuasa.

Secara dasarnya, Wan Junaid menjelaskan, setiap pemilih akan mengundi berdasarkan Bahagian Pilihan Raya yang telah ditetapkan kepada mereka.

“Namun begitu, jumlah pemilih dalam sesuatu bahagian yang lebih kurang sama banyak turut mengambil kira faktor-faktor seperti kesulitan atau kesukaran perhubungan, pengangkutan, keluasan kawasan, demografi serta bentuk geografi.

“Setiap bahagian adalah unik dan berbeza dari segi demografi, keluasan kawasan dan bentuk geografi. Setiap satu bahagian tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan bahagian yang lain,” katanya.

Berita berkaitan
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok