Bersediakah kita hadapi endemik Covid-19?

October 13, 2021 · Isu semasa

Banyak negara sudah menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 ini tidak akan berakhir sepenuhnya. Ia akan menjadi endemik.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, negara akan masuk ke keadaan endemik pada bulan ini. Pada masa-masa akan datang, orang akan terus perlu melakukan vaksinasi penuh.

Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap perlu dijaga dan banyak perkara yang dilakukan semasa zaman pra-Covid-19 tidak akan dapat dilakukan lagi.

Pandemik bermaksud wabak yang jangkitannya meluas dengan merentas sempadan negara. Endemik pula bermaksud sesuatu keadaan wabak yang sentiasa ada, iaitu sesuatu penyakit yang tidak boleh dihapuskan sepenuhnya.

Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, memasuki fasa endemik, ia tidak bergantung kepada kadar vaksinasi tinggi sahaja, tetapi ke­sedaran mengenai pematuhan SOP haruslah berjalan seiring.

Mengakui masih terlalu awal untuk Malaysia beralih ke fasa endemik, Zulkornain berkata, setiap pihak perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pematuhan SOP dapat dipertingkatkan dan dikekalkan terutama sekali apabila kes harian masih merekodkan angka tinggi.

“Apabila merentas daerah di Lembah Klang dibenarkan, boleh lihat masih ramai yang tidak cakna­ dengan pematuhan SOP. Hujung minggu lalu hampir semua lokasi tumpuan sesak hingga sukar untuk mengekalkan penjarakan fizikal.

“Justeru, perkara ini harus di­lihat dengan lebih teliti kerana jelas menunjukkan ramai lagi yang tidak sedar. Walaupun bakal ke fasa endemik tidak bermakna virus Covid-19 sudah tiada. Kerajaan perlu memainkan peranan yang amat besar untuk memastikan orang ramai faham apa itu endemik,” katanya kepada ­Kos­mo!­ ­baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, beralih ke fasa endemik adalah baik, namun perlukan kesedaran dan kefahaman yang amat tinggi dalam diri masyarakat.

“Apabila masuki fasa endemik, bermakna kita memasuki fasa mitigasi yang mana di sekeliling kita ada virus Covid-19. Sebagai contoh, penyakit demam denggi dan banyak lagi. Covid-19 kini sudah menjadi penyakit yang memang ada dalam komuniti.

“Penting untuk orang ramai ambil langkah berjaga-jaga de­ngan cara ambil vaksin dan kekalkan amalan pematuhan SOP seperti memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal secara berterusan.

“Selain itu, penyampaian maklumat yang efektif harus bermula dari sekarang untuk memboleh­kan semua pihak bersedia memasuki fasa tersebut,” ujarnya.

Natijahnya, mahu atau tidak, kita perlu bersedia memasuki fasa endemik yang memerlukan perubahan tingkah laku dalam norma baharu.

Dalam keadaan pandemik mahu­pun endemik, kita tidak boleh sama sekali mengabaikan SOP. Semua orang perlu me­nerima hakikat bahawa virus Covid-19 kini telah menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok