Pandemik beri kesan kepada usahawan wanita, perlu sokongan

October 7, 2021 · Isu semasa

Dalam musim  pandemik Covid-19 ini, tidak dinafikan bahawa wanita berperanan besar dengan memakai pelbagai ‘topi’ yang berbeza iaitu selaku isteri, ibu, guru, tukang masak, wanita berkerjaya, jiran, dan penasihat kewangan keluarga.

Justeru, wanita perlu cerdik mengawal emosi dan tuntas serta bijaksana dalam menguruskan keluarga dan kewangan isi rumah. Contohnya, bagi yang terkesan dengan impak negatif Covid-19, si ibu boleh memasak sendiri hidangan berbanding memesan makanan melalui ‘grab food’.

Pandemik juga  dilihat menjadikan wanita lebih tertekan untuk ‘burn out’, kepenatan terlampau dan bekerja lebih masa di rumah dan kerja pejabat. Justeru semua pihak perlu membantu golongan ini meningkatkan semula taraf ekonomi mereka khususnya dalam kalangan usahawan wanita.

Penasihat SME, Bank Islam, Datuk Dr. Hafsah Hashim memberitahu, terdapat perubahan cara hidup selepas pandemik. Ini termasuk masa depan pekerjaan akan lebih ramai pekerjaan secara automasi, bekerja dari rumah, peningkatan kereta elektrik dan  kebolehan meramal jenayah sebelum terjadi, penyediaan makanan daripada stem sel, komputer masa depan dan banyak lagi.

“Tidak dinafikan pandemik telah membentuk cara hidup norma baru semua golongan termasuk usahawan wanita. Kajian oleh Pusat Perdagangan Antarabangsa menunjukkan 64 peratus usahawan wanita telah terkesan menjalankan perniagaan semasa pandemik berbanding 52 peratus syarikat lelaki. Lebih 90 peratus usahawan wanita melaporkan pengurangan jualan semasa pandemik dan aliran wang tunai hanya boleh bertahan tiga bulan sahaja,” katanya.

Pun begitu, Dr. Hafsah menasihatkan agar usahawan wanita tidak panik kerana perjalanan pemulihan ekonomi agak panjang tetapi boleh dipendekkan apabila ramai mendapat vaksinisasi.

“Selain itu, banyak negara-negara luar tarik pendekatan globalisasi dan memberi fokus yang lebih kepada pemulihan ekonomi domestik. Justeru, kita boleh fokus bergerak kepada data sebenar dan big data untuk membuat ramalan yang tepat dan ketangkasan membuat keputusan.

“Wanita digalakkan memilih perniagaan atas talian menjadi pentas utama  strategi untuk berdaya tahan. Wanita dalam perniagaan perlu mengambil peluang bekerja dari rumah untuk mengembangkan perniagaan masing-masing serta mengamalkan keseimbangan kehidupan kerja,” jelasnya,

Selain itu, beliau berharap usahawan wanita tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai cara untuk mengatasi cabaran Covid-19 termasuk memperkasakan pekerja bekerjaya dari rumah dengan penyeliaan yang teratur.

“Kenal pasti set kemahiran untuk pekerja supaya sejajar dengan norma baharu iaitu bakat dan kemahiran. Melaksanakan aktiviti atas talian untuk mendapat idea dan maklumat baru untuk merebut peluang dan pasaran. Usahawan wanita juga perlu menjalankan model perniagaan baru,” katanya.

Bantuan khusus untuk wanita

Bagi membantu golongan wanita khususnya yang berkerja di rumah, Dr. Hafsah berharap majikan dapat memberi kelonggaran waktu bekerja, rekrut, kekal dan promosi wanita yang berkemahiran semasa dan selepas pandemik untuk menghindarkan kehilangan pekerja mahir dan berbakat.

“Bantu usahawan wanita merentasi rantaian pembekal untuk mendapat akses kepada modal kerja dan produk insurans untuk membantu perniagaan mereka bangkit semula.

“Buat pelaburan dalam infrastruktur digital untuk meningkatkan prestasi kerja dari rumah serta akses Internet mobil untuk memastikan wanita dapat bersaing dengan kaum lelaki,” ujarnya.

Tidak ketinggalan, majikan perlu memastikan keselamatan pekerja dan pembekal dapat dibendung dari aspek kesihatan dan keganasan dan gangguan, terutama sekali  masalah kesihatan mental.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Kenapa Anwar marah selepas pendedahan syarikat ‘scam’ mahu derma vaksin?
May 20, 2021
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
14 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok