Bolehkah Covid-19 berjangkit melalui makanan atau bungkusan makanan?

October 7, 2021 · Isu semasa

Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan daripada penghantar makanan, ramai yang risau kemungkinan ada virus Covid-19. Bahaya ke?

Hakikatnya, tiada sebarang bukti menyatakan seseorang individu itu boleh mendapat jangkitan Covid-19 melalui makanan atau pembungkus makanan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Izzar Anwari Abdul Ghani berkata, Covid-19 tidak hidup di permukaan makanan seperti buah, sayur dan makanan sejuk beku kerana ia memerlukan perumah seperti manusia untuk terus hidup.

“Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan mungkin ada yang risau kalau-kalau ada virus Covid-19 dan dapat jangkitan wabak tersebut.

“Hakikatnya Covid-19 merebak melalui pernafasan dari titisan individu dijangkiti yang batuk atau bersin,” tulisnya di laman Instagram baru-baru ini.

Tambah beliau, sayur atau buah dicuci dengan air biasa yang bersih tanpa perlu melakukan disinfeksi pada bungkusan makanan atau seumpamanya.

“Tetapi perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan.

“Samalah jika kalau dapat bungkusan kurier. Buka siap-siap di luar rumah ambil isinya dan bawa masuk ke dalam rumah. Selepas itu cucilah tangan dengan bersih,” ujarnya.

Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah:
  • Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
  • Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul-betul selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok