KKM siasat, polis nafi pelajar meninggal selepas terima vaksin

September 29, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat dakwaan mengatakan beberapa individu meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 susulan tular rakaman video hingga menimbulkan kegusaran awam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata KKM sedang meneliti perkara berkenaan dan akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat.

Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam susulan rakaman video tular mendakwa beberapa individu meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19, katanya.

“Pihak KKM mengambil maklum akan video tular di media sosial berkenaan dakwaan kesan sampingan susulan pemberian vaksin melalui program vaksinasi remaja.

“Pihak KKM memandang serius perkara ini dan pihak KKM juga sedang mendapatkan fakta yang terperinci bagi setiap isu yang dibangkitkan di dalam video tersebut,” katanya dalam ciapan itu.

Video tular berdurasi satu minit 40 saat itu memaparkan seorang wanita mendakwa beberapa individu termasuk dua pelajar sekolah menengah di Ipoh, Perak dan seorang remaja di Lahad Datu, Sabah meninggal dunia akibat vaksin Covid-19.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata dakwaan mengenai dua pelajar sekolah di Ipoh, Perak meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19 seperti didakwa dalam video berkenaan adalah tidak benar.

Beliau berkata, kematian dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai seperti mana didakwa dalam video berkenaan tiada kena mengena dengan vaksin.

“Pada 18 Julai lalu, kita terima laporan seorang pelajar perempuan sekolah itu meninggal dunia disebabkan positif Covid-19. Pelajar itu memang menghidap sakit kencing manis serta darah tinggi yang kronik dan dua bulan kritikal di Hospital Ipoh,” katanya.

Beliau berkata kematian seorang lagi pelajar pula dilaporkan pada 17 September lalu membabitkan remaja lelaki berusia 17 tahun yang meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

“Kedua-dua kejadian ini tiada kena mengena dengan vaksin kerana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) hanya bermula pada 20 September lalu,” katanya sambil menjelaskan seorang wanita sudah dikenal pasti berhubung dakwaan itu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok