Datuk ceroboh pangkalan data imigresen ditangkap

April 6, 2021 · Isu semasa

Lima individu, diketuai seorang lelaki bergelar datuk ditahan selepas disyaki terbabit dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.

Datuk terbabit dipercayai memperoleh maklumat ‘orang dalam’ untuk mengakses sistem komputer Jabatan Imigresen dan mencetak PLKS palsu.

Memetik laporan Astro Awani hari ini, sindiket terbabit menjual PLKS palsu itu kepada warga asing yang bekerja secara haram di negara ini dengan bayaran antara RM6,000 dan RM8,000 bagi setiap satu.

Lebih menggerunkan sindiket ini juga berupaya membuka dan menutup semula status senarai hitam atau ‘red alert’ seseorang individu untuk membolehkan mereka melepasi sekatan imigresen di lapangan terbang dengan bayaran tertentu, kata sumber itu.

Sumber berkata, anggota sindiket itu berumur antara 33 tahun dan 43 tahun ditahan di beberapa lokasi berasingan di ibu negara, sejak awal pagi tadi.

Katanya, mereka ditahan hasil risikan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Imigresen sejak setahun lalu.

“Ini merupakan suatu pencerobohan ke dalam pangkalan data agensi kerajaan dan merupakan isu kebocoran keselamatan yang sangat serius.

“Keupayaan ahli-ahli sindiket menggodam sistem komputer Jabatan Imigresen membolehkan mereka mencetak PLKS dan menjualnya kepada warga asing yang bekerja secara haram di negara ini,” katanya.

Isu ini pernah dibangkitkan dalam Laporan Audit dan dibincangkan di Parlimen mengenai ketirisan hasil kerajaan dan kebocoran sistem keselamatan negara.

Menjelaskannya, modus operandi sindiket ialah menggodam sistem imigresen dengan memasang transmiter di bilik komputer Jabatan Inigresen hasil kerjasama orang dalam.

“Sindiket ini berupaya menggodam, menukar dan menggunakan kata laluan pegawai-pegawai imigresen untuk memasukkan nama-nama serta butiran peribadi pekerja asing seolah-olah mereka mendapatkan PLKS secara sah. Walhal ianya hasil tindakan penggodaman sistem Jabatan Imigresen,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
Polis rampas dadah RM3.1 juta disimpan dalam kereta
October 18, 2023· Isu semasa
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok